Pages

Dakwah Part 2

Assalammualaikum.

Korang tengah wat pe tu? 
Fara baru balik keje...
Mandi, tukar baju pastu terus mengadap laptop.
Semangat nak berblog la katakan.. 
Huhu.. (^ . ^)

K la, kita sambung balik bab dakwah ni.

Sekarang ni Fara betul-betul ada semangat untuk berdakwah.
...Tapi tak taw la masa akan datang macam mana??
Nak istiqamah dalam mujahadah ni memang perlukan kesabaran dan semangat juang yang tinggi.
Kena sentiasa tarbiah diri dan mohon pertolongan Allah.
K, toksah merepek panjang2.
Jom kita listkan semua benda yang Fara & korang boleh buat..

1) Dengan Facebook
- 'like' banyak Islamik fanpage dan kemudian share post2 yg bermanfaat
- expand my circle of friends (muslim & non-muslim)
- berbincang dengan rakan non-muslim tentang perbezaan agama
- kenalkan al-Quran kepada mereka
- invite mereka untuk join mana-mana group/forum/usrah (setakat ni yang Fara tahu hanya www.halaqah.net. InsyaAllah Fara akan cari lagi group/forum yang best2).
- Kalau tak berkemampuan untuk berbincang, just share video/article Islamik dgn mereka.

2) Dengan Blog
- post article at least once a week
- blog walking n then leave a comment
- promote post dalam fb

3) Dengan Email
- cari email rakan melalui fb, blog (yahoo mail / gmail)
- send article setiap minggu
- bertukar-tukar pendapat dan saling nasihat-menasihati ke arah kebaikan
- create yahoo messenger dan berdakwah dengannya (dulu ada tapi dah block sebab banyak mengarut)

4) Dengan forum/group/usrah/website
- join je mana2 yg diatas, tanya soalan & beri pendapat setiap kali baca post
- letak signature dalam setiap post  

5) Untuk my family dan saudara-mara/kaum kerabat
- belikan majalah islamik untuk mak baca (along & adik tak baca buku... huhu)
- tunjuk contoh yg baik, bantu mereka dalam kesusahan
- lawat/ziarah mereka, bertanyakan khabar dan hubungkan silaturrahim
- doakan mereka perolehi hidayah & ditetapkan iman
- bagi buku/terjemahan al-Quran kpd sepupu yg masih lagi belajar
- sesekali kalau berkumpul, apa kata buat perbincangan / bertukar-tukar pendapat dan saling nasihat-menasihati ke arah kebaikan

6) Untuk rakan sekerja
- letak buku/terjemahan al-quran di tempat kerja untuk mereka baca
- create group/usrah - saling bertukar pandangan & nasihat-menasihati
- setiap kali ada tazkirah/ceramah di masjid/surau ajak mereka join sekali
- lawat/ziarahi mereka
- berusaha tunjuk contoh yang baik, bantu mereka di dalam kesusahan
- doakan mereka perolehi hidayah dan ditetapkan iman

7) Untuk customer
- buat artikel/phamplet setiap minggu dan bagi pada customer secara percuma
- artikel khas untuk non-muslim (pengenalan kepada Islam, salah faham tentang agama Islam, terjemahan ayat suci al-quran).
- artikel khas untuk wanita-wanita yang tidak menutup aurat dan lelaki yang berseluar pendek
- gantung ayat2 suci al-Quran di dinding
- create mini library dan letak buku/majalah islamik untuk customer
- lekat kata-kata nasihat/article pada notice board
- sampaikan salam, beramah mesra dengan mereka dan tunjuk akhlak yang baik
- invite mereka untuk hadiri tazkirah/ceramah anjuran company atau mana-mana majlis ilmu
- doakan mereka diberi hidayah/petunjuk

8) Untuk jiran tetangga/rakan/sahabat
- berkenalan dengan jiran tetangga, menghubungkan silaturrahim
- tunjuk contoh yang baik
- ziarahi mereka, tanyakan khabar, dan bantu mereka yang di dalam kesusahan
- invite mereka untuk menghadiri majlis-majlis ilmu
- doakan mereka
- letak artikel mengenai Islam pada pagar / tempat letak surat kat rumah mereka
- wakaf quran/sejadah/yasin di surau dan letak artikel di notice board

9) Lain-lain
- join mana2 persatuan atau kumpulan dakwah di malaysia
- buat artikel free untuk rakan-rakan yang berminat untuk berdakwah
- gunakan kepakaran yang ada (menulis, melukis dan lain-lain) untuk kembangkan dakwah islam

....
Bila tulis list, baru tahu rupanya banyak perkara yang Fara boleh buat kan, kan kannn???
Hhmm..tapi bila semak balik, tak semua list Fara mampu buat..
K, tarbiahkan diri sendiri..

Fara! Kau hanya ada masa sekarang, masa yang lepas kau dah tak boleh kembali, masa akan datang pula belum tentu kau masih hidup.
Kau kata kau cintakan Allah. Tapi apa yang kau dah buat untuk Allah?
Terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan pada kau..
Tapi apa pula yang kau buat dengan nikmat kurniaan Allah tu?
Kau tak takut ke nanti di akhirat kelak bila Allah tanya:
tentang umur mu, dimana dihabiskan?
tentang masa muda mu, bagaimana digunakan?
tentang harta mu, bagaimana perolehi dan bagaimana digunakan?
dan..
tentang ilmu mu, apakah diamalkan???
Kau nak jawab apa Fara???

..Ya Allah..Ya Rabb...
HambaMu ini lebih rela dihukum daripada ditanya/dipersoal sedemikian rupa..
HambaMu ini sangat malu padaMu..
..Ampunilah dosa hambaMu ini Ya Allah..
Ampunilah dosa hambaMu yang hina ini Ya Allah...

Fara, hari ni hari kau.
Anggap ini adalah hari terakhir untuk kau hidup di dunia ini, 
dan esok kau akan mengadap Sang Khalik.
Buat lah yang terbaikkk!!!
Buat apa yang kau mampu buat selebihnya serah pada Allah.

Jom baca doa ni:
"Wahai Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu dari terpesong dari landasan yang benar setelah mendapat hidayah (iman) dan tetapkanlah hatiku untuk terus taat padaMu di atas agama-Mu."
....
..K, Fara akan cuba laksanakannya satu persatu.
Perkembangannya nanti Fara akan tulis dalam post yang seterusnya.
Minta diri dulu.
Wasalam.
(^ . ^)

No comments:

Post a Comment