Pages

Dakwah Part 1

Assalammualaikum. Awake. Alive. Blessed. Alhamdulillah.. (^ . ^)

Baru je lepas makan. Kenyang perut suka hati. Huhuhu

K, toksah merepek panjang2, kita terus ke tajuk utama "Dakwah".
Fara ambil sedikit petikan ayat dari blog seorang rakan yang ohsem. Antaranya:

....mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?

 Kalau betullah kau kawan baik aku, kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati, aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.

Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Kalau nak baca post yang penuh boleh baca di sini.

Sumber: husnuzzonloa.blogspot.com

.....
Kalau nak diikutkan, ini bukanlah kali pertama Fara dengar/baca post macam ni. Dulu masa belajar di uitm, ada dijemput penceramah (4 orang) yang membincangkan tajuk 'dakwah'.
Tapi yang ajaibnya, keempat-empat orang penceramah itu adalah orang bukan melayu 
(yang asalnya non-Muslim tetapi kemudian memeluk Islam).
Bila penceramah tu tanya, ada sesiapa tak yang nak ikut berdakwah sekali, tiada siapa pun angkat tangan (termasuklah Fara). 

Fara teringat, masa form 4 dulu ada seorang rakan cina bertanya mengenai Islam. 
Tapi Fara senyap je tak cakap apa..
Langsung xde niat nak kenalkannya dengan Islam..
Why? 
Ni jawapan Fara & yang sewaktu dengannya..
Sebab kami sendiri pon tak taw apa kebaikan menganut Islam ni.
Banyak perkara tak boleh buat bila menganut Islam.
Lagi-lagi bila diorang kena bersunat/khatan kalau nak masuk Islam...
Orang melayu mundur di bumi sendiri.
Banyak masalah moral (bohsia, gay, rempit, etc.) yang melibatkan orang melayu..
So, macam mana la kami nak promote Islam itu adalah agama terbaik sedangkan kami 2x5 malah lebih teruk dari non-muslim?

 ...Kini masa berlalu, banyak benda yang Fara dah lalui, dan ilmu pun makin bertambah.. Alhamdulillah syukur kepada Allah.
(^ . ^)

K, berbalik pada post (dari blog lain) yang diatas tu, ada satu ayat yang buat Fara hooked lepas baca:

"Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati, aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain."

Hhmm..
Toksah fikir apa dah..
Jom kita prevent benda tu daripada berlaku.
Fara taknak di dakwa di mahkamah Allah nanti.

Dari Anas RA :
Kami para sahabat RA bertanya "Ya Rasullullah SAW kami tidak akan menyuruh orang untuk berbuat baik sebelum kami sendiri mengamalkan semua kebaikan dan menjauhi semua kemungkaran." Maka Nabi SAW bersabda, "Tidak, bahkan serulah orang untuk berbuat baik, meskipun kalian belum mengamalkan semuanya. Dan cegahlah kemungkaran, meskipun kalian belum menghindari semuanya."
(HR Thabrani)

Renung-renungkanlah ye.. (^ . ^)

Fara akan sambung dalam post seterusnya. Ada kerja sikit nak buat.
Anak perempuan sorang la kann.., ada je keje nak kena buat.
Huhuhu..
k, wasalam.

1 comment: