My dear brothers and sisters in Islam, kalau korang rasa korang ni baik, tak pernah buat salah dengan sesiapa pun, apatah lagi berbuat maksiat,
jangan angkuh, jangan sombong, ingatlah:
jangan angkuh, jangan sombong, ingatlah:
"Setiap manusia itu adalah berdosa, dan sebaik-baik manusia adalah yang bertaubat."
Kita manusia, bukannya malaikat. Tiada manusia yang tidak pernah melakukan dosa.
Nabi Muhammad saw manusia paling sempurna pun pernah ditegur Allah (di dalam al-quran),
ni apatah lagi kita manusia biasa.
Baginda beristighfar antara 70-100 kali sehari..
Itu manusia paling agung, kita pula bagaimana??
Astaghfirullah.
Bagi yang berterusan melakukan dosa pulak, soalan Fara:
"Bila korang nak berhenti buat dosa ni wei???"
Korang tak takut ke, manalah tahu kalau korang mati sebelum sempat nak bertaubat.
Bagi yang berterusan melakukan dosa pulak, soalan Fara:
"Bila korang nak berhenti buat dosa ni wei???"
Korang tak takut ke, manalah tahu kalau korang mati sebelum sempat nak bertaubat.
Kalau korang belum lagi melakukan taubat nasuha, lakukanlah segera.
Jangan bertangguh lagi.
Kita hanya ada saat ni, saat lepas kita dah tak boleh kembali,
saat akan datang pula belum tentu kita masih hidup.
Kembalilah pada Allah sebelum terlambat (mati).
Macam mana nak mulakan??
Dah cukup baik kalau korang ada niat untuk bertaubat.
Rata-ratanya semua orang memang ada niat untuk bertaubat, cuma tak berani nak mulakan.
..Takut jika mengulangi dosa tu balik..
Come on my friends..
Dah nama pun manusia.
"Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh."
Allah swt, our creator sendiri yang mengatakannya di dalam al-quran, not me.
Fara mengaku yang Fara dah lakukan taubat nasuha.
But still, tak terlepas dari melakukan dosa yang sama.
Tapi Allah swt kan Maha Pengampun dosa hamba-hambaNya?
Kalau dah buat kesalahan, mohon lah keampunan pada Allah.
Siapa lagi yang boleh mengampunkan dosa Fara selain Allah?
Ikhlaskan hati ingin bertaubat kerana Allah,
Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan,
bertekad dalam hati tidak akan melakukan dosa itu selama-lamanya,
menyelesaikan urusan dengan orang yang berhak dan
solat sunat taubat (yang ni tak wajib tapi harus lakukan untuk tunjukkan kesungguhan).
Kalau dah taubat nasuha but still lakukan dosa yang sama, kembalilah bertaubat pada Allah.
Dah taubat banyak kali pun but still lakukan dosa yang sama, tindakan Fara sama jugak iaitu kembalilah bertaubat pada Allah.
Sampai bila?
Sampai kita mati & sampai syaitan berputus asa.
Bukankah Allah swt sendiri berfirman supaya kita tidak berputus asa dari Rahmat-Nya?
Setinggi langit pun dosa kita, sebanyak buih di lautan pun dosa kita,
jangan takut untuk kembali bertaubat pada Allah,
kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa.
Dia lah jua Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
Semoga taubat kita semua diterima Allah swt. Amiin..
No comments:
Post a Comment