Pages

Tazkirah Jumaat: Hakikat Kehidupan

 18 Oktober 2013.

Assalammualaikum.
Hari ni tazkirah Jumaat anjuran Poliklinik An-Nisa (company tempat Fara bekerja) oleh Ustaz ___ (sorry tak tau nama dia..), yang bertajuk Hakikat Kehidupan (sorry sekali lagi, tak tahu tajuk sebenar sbb datang lambat..huhu..).
Walaupun company yg anjurkan, tapi Fara langsung tak terlibat dalam proses pengurusan majlis, so maafkanlah ketidaktahuan (nama ustaz & tajuk tazkirah) ini..
Hehhehe..

Kami menganjurkan tazkirah setiap hari Jumaat dari pukul 9.00am-10.00am di dewan solat bawah Masjid Negeri Shah Alam. Kalau ada masa mai la ke taman-taman syurga (majlis ilmu) ni. 
Kami sangat mengalu-alukan kedatangan anda.
( ^ . ^ )
.....

Disebabkan Fara datang lambat, so tak tahu apa yg ustaz sampaikan sebelum tu...
Tapi yang pasti, bila Fara dh masuk dlm masjid ustaz tengah cerita tentang sebuah hadis yang menjelaskan tentang islam, iman, dan ihsan.
Hadis tersebut berbunyi:

...Ayahku Umar bin Khaththab, menceritakan kepadaku sebagai berikut:
Pada suatu hari, ketika kami sedang berada di sisi Rasulullah saw, sekonyong-konyong muncul di hadapan kami seorang laki-laki berpakaian sangat putih dan berambut sangat hitam. Tidak terlihat padanya bekas perjalanan dan tidak seorang pun di antara kami yang mengenalinya. Dia langsung duduk ke dekat Nabi saw, lalu disandarkannya lututnya ke lutut Nabi, dan diletakkannya kedua telapak tangannya ke pahanya. 
Dia berujar, "Ya Muhammad! Terangkanlah kepadaku tentang Islam."
Jawab Nabi saw: "Islam ialah: 1) Mengakui tidak ada Tuhan selain Allah dan bahwa Muhammad Rasulullah, 2) Mendirikan solat, 3) Membayar zakat, 4) Puasa Ramadhan, 5) Haji ke Baitullah, jika engkau sanggup melaksanakannya."
"Engkau benar!" Kata orang itu. 
Kata ayahku, "kami heran terhadap orang itu; dia yang bertanya tetapi dia pula yang mengatakan benar."
Kemudian orang itu berkata pula, "Terangkanlah kepadaku tentang iman!"
Jawab Nabi saw, "Iman ialah: 1) Iman dengan Allah, 2) Iman dengan para malaikat-Nya, 3) Iman dengan kitab-kitabNya, 4) Iman dengan para Rasul-Nya, 5) Iman dengan qadar baik mahupun buruk."
Kata orang itu, "Engkau benar!" Kemudian dia berkata pula, "Terangkanlah kepadaku tentang Ihsan!"
Jawab Nabi saw, "Ihsan ialah: menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Sekalipun engkau tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihatmu."
Katanya pula, "Terangkanlah kepadaku tentang kiamat!"
Jawab Nabi saw: "Orang yang ditanya tidak lebih tahu daripada yang menanya."
Katanya, "Terangkanlah kepadaku tanda-tandanya!"
Jawab Nabi saw, "Apabila hamba sahaya perempuan telah melahirkan majikannya, dan apabila orang-orang dusun yang melarat telah bermewah-mewah di gedung-gedung nan indah."
Kemudian orang itu berlalu. Tetapi tidak berapa lama antaranya, Rasulullah saw bertanya kepadaku; "Tahukah engkau siapakah gerangan yang bertanya itu?"
Jawabku, "Allah dan Rasul-Nyalah yang lebih tahu."
Sabda Rasulullah saw: "Dia adalah Jibril. Dia datang kepadamu mengajarkan agamamu." 
.........

...Lepas tu macam biasa, ustaz explain tentang hadis ni ngan panjang lebar...
(^ . ^)
Sorry tau korang semua, Fara dah la datang lambat, tapi Fara tak terus duduk...
Masuk2 je masjid, Fara terus ke ruangan solat wanita utk solat sunat tahiyatul masjid.
Lepas solat sunat, barulah Fara duduk dengar tazkirah.
Masa tu ustaz dah tukar topik lain, tentang hakikat kejadian manusia.
Dari mana kamu datang?
Untuk apa kamu dijadikan?
Ke mana kamu selepas mati?

Soalan pertama; Dari mana kamu datang?

Ada banyak jawapan... Boleh jadi jawapannya dari Nabi Adam as, boleh juga dari tanah, boleh juga dari air mani/sperma dan sebagainya yang korang rasa logik.

Tapi Allah swt dah pun jawab pertanyaan tu dengan panjang lebar dalam surah Al-Hajj ayat 5 yang bermaksud:

"Wahai manusia! Jika kamu meragukan Hari Kebangkitan, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu; dan Kami tetapkan dalam rahim menurut kehendak kami sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampai kepada usia dewasa, dan di antara kamu ada yang di wafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dikembalikan sampai usia sangat tua (pikun), sehingga dia tidak mengetahui lagi sesuatu yang telah diketahuinya…” 

"….Kami telah menjadikan kamu dari tanah..."
‘Kami’ merujuk kepada Allah swt, dan ‘kamu’ pula merujuk kepada Nabi Adam as.
"…kemudian dari setetes mani..."
Nabi Adam as manusia pertama dijadikan Allah daripada tanah. Kemudian manusia-manusia seterusnya dari setetes mani (daripada air mani lelaki dan air mani perempuan).

"…kemudian dari segumpal darah..."
Perlu diingatkan bahawa al-Quran bukanlah buku sains atau buku akademik. Terjemahan hanyalah terjemahan yang dibuat oleh manusia (kemungkinan ada kesilapan atau mempunyai pelbagai maksud), manakala Al-quran hanya ada satu, dalam bahasa arab dari Allah Tuhan Sekalian Alam yang sentiasa benar dan tidak mungkin ada kesilapan.
Kebanyakkan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yg amat seni yg diliputi oleh darah... dan juga mempunyai beberapa maksud iaitu sesuatu yang bergantung atau melekat, pacat atau lintah, atau ketulan darah.
"...kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna..."
Segumpal daging yang merujuk kepada janin yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna (ada yang sempurna tubuh badan, ada yang cacat, dan ada juga yang keguguran..)

"...agar Kami jelaskan kepada kamu..." 
Allah jadikan secara yg demikian (sempurna dan tidak sempurna) kerana Allah nak terangkan kekuasaan-Nya kepada kita.  

"...dan Kami tetapkan dalam rahim menurut kehendak kami sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian kami keluarkan kamu sebagai bayi,"
 
Sampai ayat di atas, kemudian ustaz tanya pula soalan kedua;  
Untuk apa kamu dijadikan?

 Allah menjawab soalan tersebut dalam Surah Az-zariyat ayat 56 yang bermaksud:
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku."
Kenapa jin ngan manusia je yg disebut? Kenapa malaikat ngan haiwan takde disebut?
Sebabnya, malaikat tiada nafsu (justeru tidak pernah melakukan dosa), manakala haiwan pula tidak diberi akal so sebab itulah tak perlu beribadah. 
Manusia dan jin pula memiliki kedua-duanya: akal dan nafsu. "...kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampai kepada usia dewasa, dan di antara kamu ada yang di wafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dikembalikan sampai usia sangat tua (pikun), 
Rata-rata umat Muhammad saw berusia antara 60-70 tahun... 
Ada dalam hadis yang mengatakan bahawa ajal kita telah ditetapkan semasa di dalam kandungan lagi, dan ada hadis lain yang melarang berdoa semoga dipanjangkan umur, namun ada pula hadis yang membolehkan kita berdoa dipanjangkan umur. Ustaz menjelaskan bahawa yang dimaksudkan umur itu bukanlah umur semasa di dunia, tetapi umur amalan kita.
Contohnya apabila korang bersedekah hari ni, lepas tu esok pulak korang meninggal dunia, pahala yg korang dapat dari bersedekah tu akn berpanjangan w'pun korang dah meninggal dunia.
Itulah maksudnya.. (^ . ^)
"...sehingga dia tidak mengetahui lagi sesuatu yang telah diketahuinya…”
Sampai ayat di atas, ustaz pun tanyalah soalan ketiga: 
Ke mana kamu selepas mati?  

...Ustaz ada sebut pasal alam barzakh tapi tak ingat surah apa? Nanti kalau Fara dah ingat Fara update balik... (Tengah kesuntukan masa, sorry sangat2).

Firman Allah yang bermaksud:
"Wahai orang-orang kafir! Janganlah kamu mengemukakan alasan pada hari ini. Sesungguhnya kamu hanya diberi balasan menurut apa yang telah kamu kerjakan."
(Surah At-tahrim: 7)
'Hari ini' dalam ayat di atas adalah Hari Pembalasan, hari di mana kita hanya akan diberi balasan menurut apa yang kita kerjakan.

Firman Allah swt di dalam surah Al-A'raf ayat 179 yang bermaksud:
"Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah."

 Syurga atau neraka?
Itulah destinasi kita yang terakhir.
Kematian bukanlah pengakhiran tetapi ia adalah permulaan untuk kehidupan yang kekal abadi.
Sesungguhnya manusia yang paling bijak ialah manusia yang tahu dia akan mati suatu hari nanti, yang paling banyak ingat pada kematian, dan yang paling banyak buat perbekalan untuk hidup sesudah mati.
Apabila matinya anak Adam akan terputus lah semua amalan kecuali tiga: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakannya.
Di akhir tazkirah, ada seorang pengunjung bertanya tentang sedekah. 
...tak dengar apa soalan die sbb jauh sangat...
Tetapi menurut penerangan ustaz, sedekah tu bukan hanya dari segi harta dan wang ringgit sahaja.
Boleh juga dari segi amal kebaikan yang korang buat, masa yang korang isi dengan buat kebaikan dan bermanfaat, berzikir, ...pendek kata semua yang baik2 itu adalah sedekah.
Sedekah itu adalah bukti.
Kerana dengan bersedekah itu membuktikan seseorang itu beriman.
...........

 ...Fara dah cuba buat yang terbaik untuk sampaikan apa yang Fara dapat semalam... 
Memang rancang stp kali lepas tazkirah nk terus tulis di blog tapi masa sangatlah singkat...
Tazkirah untuk dua Jumaat yang lepas pun tak sempat nak tulis lagi.
Minta maaf la kalau ayat tunggang terbalik, tak lengkap dan sebagainya.
Akan datang inSyaaAllah Fara akan buat dengan lebih baik lagi...

Sekian, wasalam.
 

No comments:

Post a Comment