Pages

Lintasan Hati

Korang pernah dengar ke?
Fara kena benda ni setahun lepas. 
Tapi tak lama... dalam dua minggu gitu.
Bila Fara tahu jer yang bisikan tu daripada syaitan, 
entah tiba-tiba dengan izin Allah bisikan tu tiba-tiba je hilang.
Alhamdulillah.

Bukan Fara sorang jer yang pernah alaminya.
Ramai lagi hamba Allah yang lain pernah alaminya.
Tak percaya?
Boleh baca di sini kalau korang berminat nak tahu dengan lebih lanjut.

Diringkaskan cerita,bisikan hati boleh datang daripada Allah (khatir), daripada malaikat (ilham), daripada syaitan (was was), dan bisikan hati yang biasa diterima manusia.
Apa yang Fara alami adalah hati Fara tidak berhenti bercakap diluar kawalan. 
Kalau perkara baik takpe jugak. Ni tak, asyik mengutuk/mencaci orang.
Tiba-tiba tu pulak benda tu datang.
 Tapi alhamdulillah takde lah sampai berkata perkara2 yang boleh membatalkan akidah.
Korang tak faham takpe, sebab hanya orang yang pernah alaminya jer faham macam mana menderitanya kami bila benda tu datang menyerang.
Tapi sekarang Fara dah okey.
Alhamdulillah syukur kepada Allah.
(^ . ^)
Kalau ada di antara korang yang pernah/sedang alami gangguan ni, 
jangan takut dan jangan risau.
Allah Maha Mengetahui apa yang sebenarnya berlaku kat korang.
 Malah Allah lah yang membenarkan perkara tu berlaku.
Allah Maha Pengasih Maha Penyayang.
Dia tidak membebani hambaNya melebihi kemampuannya.
Ada sebab kenapa korang dan Fara terpilih mengalami ujian ni.
Bergembiralah kerana sahabat nabi juga mengalami perkara yang sama.
Itu menunjukkan iman korang benar.
Syukur, syukur.

Sebagai panduan, Fara ada sediakan cara-cara macam mana nak menghadapi situasi ni.
Fara amalkannya sehingga sekarang.
Terbukti berkesan!

Cara pertama jangan layan bisikan syaitan tu.
Dah terang lagi bersuluh yang bisikan tu dari syaitan laknatullah, yang korang p layan watpe?
Memang syaitan laknatullah tu nak menyesatkan korang, so toksah layan.
Bak kata UAI, kalo layan bodo.
Tapi Fara tahu korang tak bodo.

Cara kedua pulak serang balas.
Untuk gunakan cara kedua ni, korang mestilah ada ilmu yang...mantap??? 
(Sorry..., tak tahu nak cakap camne. Huhu)
Maksudnya, korang kena ada hujah yang kukuh untuk lawan balik tipu daya syaitan tu.
Tak semestinya para alim ulama/ustaz/ustazah je yang mampu guna cara kedua ni.
Korang pun boleh.
 Antara sebab-sebab seseorang itu mudah diperdaya syaitan adalah kerana:
kurangnya ilmu dan lemahnya iman.
Nasihat Fara, tuntutlah ilmu sebelum terlambat.
Memang korang akan bertemu dengan pelbagai rintangan dan cabaran.
Tapi sabarlah..
Memanglah mujahadah itu pahit sebab syurga itu kan manis... (^ . ^)

Dah guna kedua-dua cara di atas, korang janganlah lupa untuk mohon pertolongan dari Allah.
Merayu dan menangislah padaNya..
Hanya Allah sahaja yang berkuasa menyembuhkan korang.
Yakin pada Allah dengan sebenar-benar yakin.
Bertawakal kepadaNya setelah berusaha bersungguh-sungguh.
Allah takkan ditanya, tapi kitalah yang akan ditanya akan apa yang kita lakukan di akhirat kelak.
Buat apa yang korang mampu buat selebihnya serah pada Allah.

Cara lain, amalkan zikir secara berterusan.
Jangan tunggu lepas habis solat baru nak berzikir.
Belajar la berzikir di dalam hati.
Ketika masak, basuh baju, memandu dan sebagainya, latih hati untuk berzikir.
Hebat kuasa zikir ni...
Walaupun jasad sibuk dengan urusan dunia, tapi roh kita sentiasa ingat pada Allah.
Zikir juga sebagai pendinding dari gangguan syaitan.

Banyak lagi cara lain yang korang boleh amalkan seperti:
1) Amalkan baca tasbih, tahmid, takbir, & surah 3 Qul sebelum tidur
2) Sentiasa dalam keadaan berwuduk
3) Baca "Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari gangguan syaitan yang direjam!" setiap kali gangguan tu datang
4) Amalkan baca ayat awal, pertengahan dan akhir surah al-baqarah
5) Mengucapkan salam ketika hendak memasuki rumah/tempat kerja walaupun tiada sesiapa di dalam rumah.
6) Sentiasa mendengar azan dan al-quran.
7) Banyak melakukan amal kebaikan
8) Jangan biarkan diri keseorangan dan kalau boleh sibukkan diri korang
9) Berkawan dengan orang-orang soleh
10) Pergi berubat

Yang no 10 tu Fara tak buat. So, taktau nak kenalkan tempat kat mana nak berubat.
Harap korang faham. Huhu..

Untuk pulih sepenuhnya memang ambil masa.
Berlainan setiap orang.
Ada cepat dan ada yang lambat...
Ada seorang rakan Fara yang pulih setelah hampir 20 tahun mengalami penyakit ni.
Nasihat Fara, jangan putus asa dengan rahmat Allah.
Allah sayang korang sebab itulah Dia turunkan ujian ni.
Allah nak uji korang sama ada korang layak untuk melihat wajahNya di syurga atau tidak.

Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal..
(^ . ^)

153 comments:

  1. salam.saya juga susah nak kawal hati dan fikiran saya dari bercakap di luar kawalan. ada sahaja perkara yang bermain-main di hati dan fikiran. bukan sahaja perkara2 yang biasa malah apa sahaja termasuklah perkara yang juga boleh membatalkan akidah. bila saya melihat/mendengar apa sahaja di sekeliling, ia mudah bermain2 di fikiran saya.

    contoh kalau saya baca berkenaan murtad pasti perkara itu sentiasa bermain dalam fikiran saya. awak tentu faham. hati dan minda saya cepat menyuarakan kata2 dari apa yang sedang sy fikir. contoh saya fikir tentang sesuatu perkara pasti hati sy akan menghuraikan dengan lebih di luar kawal sy.kalau betul sy ikut kata hati tapi kadang kala ia menjurus kepada kata2 yang tidak baik.sy pula jadi takut. ini menyebabkan hati saya selalu berzikir untuk elak dari hati terus berkata yang buruk.

    saya ada masalah dalam ibadah sebab saya daimul hadas. di mana saya hanya boleh solat dengan 1 wuduk sahaja bagi setiap solat. sebab saya ada keputihan dan biasa keluar air wadi(pendapat saya) sebab selepas buang air saya cuci dan pergerakan saya akan menyebabkan air tu keluar lagi.

    dalam solat juga saya ada masalah dalam bacaan sebab bacaan saya secara berbisik tidak jelas bunyi dan makhraj nya sebab sy tak cukup nafas nak habiskan setiap ayat. jadi tekanan pada abdomen saya ketika bacaan menyebabkan air keluar. jadi asyik kena ulang sebut sehingga saya rasa takkan dapat sebut dengan betul saya teruskan sahaja bacaan tu walau tak sempurna. jadi solat saya sangat la lama..penat juga nak kawal tekanan pada abdomen saya ketika bacaan. kadang2 sy tekan bacaan supaya jelas bunyi nya tapi malangnya keluar air..saya kena ulang cuci dan wuduk baru..dan solat semula.. jadi lama dalam bilik air..menyusahkan orang lain..

    jadi itu salah satu masalah saya. masalah lain nya dengan apa yang di fikiran saya. dalam solat saya berusaha baca dengan betul mengikut kemampuan sehingga pejam2 mata..fikiran saya x henti2 memainkan perkara2 lain macam apa yang saya lihat di facebook, di sekeliling, drama tv.. kadang2 sy cuba buang perkara2 itu sehingga pejam celik..pejam celik mata saya..tp kadang2 sy ter-layan dan ikut fikir apa yang ada di fikiran.. jadi itu masalah nya sebab bila saya ikut fikir..nafas saya akan bertahan dengan otomatik dan ia akan menyebabkan tekanan pada anggota sy bila berfikir tu..jadi bila tekanan tu, pasti air keluar.. terpaksa la sy henti solat, masuk tandas cuci balik, wuduk balik, solat balik..saya marah diri saya jugak knp boleh terikut fikir..apa boleh buat saya manusia biasa bila ia terus mengasak fikiran saya akan terikut fikir.

    saya memang fobia nk solat bila terpaksa mengawal bacaan sayadan tekanan abdomen saya.. (sebab sebelum ni saya x tau bacaan solat harus didengar di telinga sendiri..saya hnya baca gerak mulut je..) bila dah byk belajar baru tahu.. cuma sekarang saya lebih takut dengan fikiran saya yg sering diasak dengan perkara lain dan saya takut bila saya terikut fikir yang boleh menyebabkan keluarnya air yang membatalkan solat..kalau air tu keluar bukan sebab tu sy memang tak ulang solat sebab ia memang khilaf dan penyakit saya.. cuma bila ia keluar disebabkan tekanan kerana fikir perkara lain tu yang saya sakit hati.. saya sering berdoa agar Allah sembuhkan segala penyakit saya agar dapat kembali hidup seperti dulu, dapat solat hidup normal mcm orang lain, dapat solat mcm org lain, senang.. sering sy fikir bagusnya kalau dapat hidup seperti dulu dapat solat seperti dulu walaupun dulu ada yang salah tapi semacam mustahil.. ermm :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. assalam... sahabat. saya pun mengalami perkara yang sama seperti sahabat. was-was.. susah nak baca masa solat berkaitan makhraj (tapi takdela sampai keluar air semua), lintasan hati. paling kerap berlaku ialah was-was dan lintasan hati. saya ada satu masa seperti tidak pasti itu adalah lintasan hati atau diri saya sendiri yang ingin lafazkan. lalu saya menjadi resah dan sangat takut..takut yang sehingga berpeluh dan Allah sahaja yang tahu betapa takutnya saya ketika itu... lalu, saya cari pelbagai kaedah.. cara nak selesaikannya dengan mendengar ceramah, melihat blog-blog agama.. dan alhamdulillah.. sudah sedikit hilang. kerana saya berusaha taknak layan syaitan ni walaupun sangat susah.. saya akui. sudah hampir 6 bulan saya begini. tapi apa yang saya belajar setakat ini, kalau nak tahu ianya lintasan hati atau diri sendiri yang niat ialah, perkara itu kekal di dalam hati dan kita membenarkannya. tetapi lintasan hati.. kadang-kadang ia sekejap, kadang-kadang ia lama dan bermain-main dengan fikiran kita. tapi bezanya, lintasan hati ini (berkaitan dengan perkara yang keji) apabila berlaku, kita sedaya upaya menafikannya.

      ataupun dengan kata lainnya, kita taknak benda tu tapi datang jugak kacau kita. sampai tidak sanggup lagi nak fikir. maka..itulah lintasan hati. kita taknak, tapi datang jugak. tapi syaitan ini memang tau bab tipu daya. jadi dia akan bolak-balik kan hati kita dengan meniupkan was-was pula sampaikan kita rasa was-was sama ada lintasan hati ke.. atau diri sendiri yang ucap? haa.... itulah tipu daya syaitan. tak boleh nak tiup lintasan hati, dia gabungkan pula dengan was-was.

      tapi.. saya ada terbaca,

      إنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ لأُمَّتِي ما حَدَّثَتْ بِهِ أنْفُسَها ما لَمْ تَتَكَلَّم بِهِ أوْ تَعْمَلْ
      Sesungguhnya Allah mengampuni untuk umatku terhadap apa yang terlintas dalam hatinya, selama tidak diucapkan atau dikerjakan. (HR. Muslim 127).

      dan lagi,

      An-Nawawi melanjutkan,

      Para ulama mengatakan, baik bisikan itu berupa ghibah, atau kekufuran, atau yang lainnya. Siapa yang terlintas dalam hatinya kekufuran, dan hanya sebatas lintasan tanpa sengaja muncul, kemudian segera dia hilangkan, maka dia tidak kafir, dan tidak bersalah sedikitpun.
      [Al-Azkar An-Nawawi, hlm. 345].

      jadi.. inshaAllah... kita yakin sahaja pada Allah. asalkan kita tahu kita tidak lafazkan dan kerjakan apa yang terkutuk itu, maka inshaAllah... kita tidak melakukan dosa. doa lah bersama-sama.. dan doalah juga untuk saya yang masih berperang dengan was-was dan lintasan hati ni. (masa tengah taip ayat ni semua, lintasan hati tengah berderu-deru datang serang saya. astaghfirullah)

      Delete
    3. Saya pn mghdpi mslh yg sma...cuba jgk utk nafikan apa yg tlintas tpi dia dtg jgk..insya allah moga2 Allah mnrima ibadh kta..amin

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
    5. Ada simptom OCD./was was.uncontrol thinking behaviour. Dapatkan nasihat dr.boleh berubat alternatif tapi dr juga perlu dikunjungi.

      Delete
    6. jadi dekat sy bnda yg sama nk dekst 2thn dh. btl ke lintasan hati? apa bezanya bercakap dlm hati(tanpa niat@tiba2 trjadi) atau lintasan hati? mcm mna kalau kita kawin? adakah jatuh talak serta merta? ckup ka dgn hnya mngucap? prlu mandi wajib plk lps tu? sy cuba lawan tpi knp kdng2 bnda tu dtg sndri. (aku kafir) sy xsebut melalui lisan, mungkin brcakap dlm hati? tpi tnpa niat langsung. ia tiba2 dtg sndri. sy takut. tlg jwb soalan sy.

      Delete
    7. Awk tak perlu mandi wajib pun. InsyaAllah tak jatuh kafir.

      Delete
    8. This comment has been removed by the author.

      Delete
    9. Saya pun ade . Macam mana awak hilangkan

      Delete
    10. Komen sikit...berkenaan masalah lintasan hati (halusinasi-bahasa psykologi)...masalah khayalan (ilusi)...dan delusi (ilusi + halusinasi) terjadi menyebabkan gerak tubuh dipengaruhi faktor lain...kena bawak berubat,shifa + psykologi...n cuba cari bahan bacaan dari bidang tassawuf..kurangkan bacaan dari sudut tauhid melainkan punya guru yabg mursyid tentang tauhid...tassawuf dapat meredakan desakan hati...dan baca tu biar dengan niat untuk memperbaiki hati dan juga cuba untuk menjadi manusia yang beriman dan beramal soleh...dan elakkan bahan bacaan yang boleh membangkitkan perasaan fobia sbg contoh cerita/filem misteri/seram...banyak zikir dan tahmid di masa lapang n cuba sibukkan diri dengan riadah,ibadah dab juga istirehat yang cukup...dan jangan paksa diri untuk menjawab sesuatu yang bukan bidang kita...kalau x puas hati juga...jumpa ustaz or tok imam mukim khususnya kalau kita keliru bab akidah...jangan paksa diri dengan berkhayal sesuatu yang bukan haq...semua yang kita khayalkan adalah makhluk...kerana ALLAH s.w.t. maha ESA dan tiada suatu apa pun yang menyerupai ALLAH s.w.t...dan last sekali banyakkan berdoa supaya dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat serta dipertemukan dengan pengakhiran yang baik (khusnol khotimah)... insyaallah...

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. sy pn mengalami bnde ni..dlu dah ok. Lps tu dtg blk. Dah ok n dtg lg. Klau dilayan n layan makin menjadi²

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Salam, saya pun ada rasa lintasan hati camtu... kadang2 rasa takut juga.. sangat bermanfaat ilmu ni... terima kasih...kita sama2 doa dijauhkan lintasan hati ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun. Masalah ni dtg bila saya cuba dekat kan diri Dan ALLAH. Masa lagha dulu takde pulak. Tapi bila saya cuba nak baiki amalkan Dan dekat kan diri dengan Allah, lintasan 2 hati ini dtg Dan mendesak. Sakit dada ni untuk menafikan. Kadang sampai kene tegur kenapa kepala tergeleng 2.

      Delete
  6. Masya Allah.. Betul lah yg kalian katakan saudara ku.. Perasaan sesak ini tak bisa di ucap kn dengan kata2... Semakin di ikuti semakin menjadi.. Betul lah.. Hanya org yg iman ny teruji yg mendapatkan perasaan sesak ini.. Saya juga mengalami, kadang datang kadang pergi.. Saya senang ternyata tidak cuma saya yang merasakan nya...
    Benar lah kata penulis blog ini.. Bahwa itu hanya lah tipu daya setan.. Tak usah dihiraukan.. Perbanyak berdzikir dan berlindung lah pada Allah swt.. Serahkan pada Allah, insyaallah perasaan sesak ini akan hilang..

    ReplyDelete
  7. Salam..tak sangka ada orng alami apa yg aku rasa..sengsara weyh lintasan hati ni..lagi2 aku dh tahap kritikal pasal tauhid..makin dlyan makin stress ..mgkin kifarah atas perbuatan dosa2ku..dlu normal xpnah solat jarang je..skrng nk dekat dri pada Allah mcm2 halangan..tpi Allah xkan mmbrati hamba skdar kemmpuannya

    ReplyDelete
  8. Saya pun ada mengalami masalah lintasan hati ni..dlu dah lama dia hilang,cma datang time solat..tp sekarang dtg semula tanpa.menentu.masa..sehingga sya rasa mcm dah rosak akidah kita pada Allah..sya cuba lawan perasaan dan kata kata hati nie dgn beristifar & berzikir..mengucap semuala kalimah syahadah takut2 kita terkeluar dari.landasan agama..sya mula terjadi begini.masa zaman remaja sya telah berlaku kemurungan..dan sehingga kini terbawa2 lintasan hati tu..rupa2 baru sya tahu kini ramai yg seperti sya..sya berdoa agar Allah sentiasa mengampuni kita semua..aamiin..

    ReplyDelete
  9. Allahu tak sangka ramai jugak yang mengalami lintasan hati ini...mcm saya dia berlaku dan kekadang sukar dibuang....pada mulanya saya jadi murung sebb risau dengan akidah saya...selepas jumpa ustaz baru rasa ringan sikit sbb ia merupakan salah satu cara syaitan nak hasut kita...sekarang still bertarung...dan sedaya upaya cuba menafikan setiap apa yg terlintas

    ReplyDelete
  10. Subhanallah . Semuaa yg awak2 semua cerita ni semua nya jd dekat saya . Saya sampai memanagis2 sebab saya takut sgt2 ya Allahhhh . Saya berdoa semoga diampunkam dosa, saya tkut dgn azabnta nnti. Saya tkut sgtt skrg nii .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama Awak Dengan Saya... nampak dengan jelas inilah bisikan syaita

      Delete
    2. Samaaa. Setiap kali solat saya menangis sebab saya takut sgt2

      Delete
  11. Allahu..sy igt kn hanya sy je yg menghadapi masalah ni rupanya rmai yg kena..mmg sama seperti yg rakan2 dia ats sebutkan makin kita dekatkan diri pd Allah makin kuat lintasan hati dtg..semasa perangai biasa2 dlu tidak pulak jd mcm ni..sy doakn kte smua mampu melawannya..dan tlg doakn sy jgk yee..

    ReplyDelete
  12. Ya allah saya sama dgan kalian disini ya allah bantu lah hamba mu ini

    ReplyDelete
  13. Ya allah saya sama dgan kalian disini ya allah bantu lah hamba mu ini

    ReplyDelete
  14. Yaallah bantulah kami semua .ini semua kejahatan saitan .saya sudah lama megalami bisikan jahat ini...

    ReplyDelete
  15. Ya allah saya sama dgan kalian disini ya allah bantu lah hamba mu ini

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum warahmatullah iwabarakatuh . Saya pun ada jugak penyakit was was ni. Sudah lima 5 bulan saya merasakan benda nie. Saya rasa sangat sedih dengan adanya lintasan hati yg asyik kacau hidup saya. Dalam solat pun dia kacau.

    Tapi saya yakin pada satu ayat ni .
    'Allah tak akan membebani hambaNya diluar kemampuan. Dan saya kata pada hati saya yang Allah masih saya kat aku. Sampai hati saya jadi tenang . 😊

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum..sya pown mnghidapi msalah yang sma..sya lgi teruk was2 nya smpai rasa bleh rosak akidah n tauhid.. nauzubillah..sya dah lama mngalaiminya ktika waktu sekolah..memang takut sngat..sya Tak bleh baca mngenai apa2 shaja bnda yg xbaik tros bermain2 dlam fikiran..sya rasa macam stress sngat..start bngun ja tidur skejap dia Mai lintasan..bila sya dah yakin memperbetulkan dalam hati until menolak..dia Mai yg lain pulak ..shingga sya perlu memperbetulkan bnyk kli spaya sya faham Dan tidak mngikit hati..sya Ada bertanya dengan ustaz..mmg mainan syaitan...
    First bnyk zikir n istighfar
    Bnykkan selawat
    Bnyakakn zikir asma ul husna ya Mani' Allah yg maha mencegah..cegahhlah daku dari fikiran Dan hati yg keji Dan Kotor..
    Ya Hafiz ya muhaimamin.. Allah yg maha memelihara Dan melindungi..lindungi kami dari bisikan syaitan Dan bisikan nafsu..
    Ya Allah ya Aziz ya qowiy ya matin
    Kukuhlah Dan kuatkan semangat kami..keimanan Dan ketaqwaan kami..kuatkan akidah Dan tauhid kami kepadamu..
    insyaAllah Cuba amalkan..sya dapat ilmu ini dari seorang ustazah..selepas solat baca 40 Kali.. insyaAllah dengan izin Allah kita semua dihindarkan dari penyakit ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. MasyaAllah saya pikir saya serorang sahaja yang pernah kena benda ni rupanya ramai.May Allah protect us insyaAllah:)🤗

      Delete
    2. Saya pun alami benda sama sehingga hari ini meskipun bulan puasa😭😭😭

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  18. Allah...aku pun kena. Aku gembira ..sbb bukan aku je yg kna. Sama serupa sebijik. Aku jd murung. Nk solat pn takut. Walupn nie bulan puasa.mmg setan xde. Tp awal2 dy dh tanam dlm hati kite was2 tu..fikiran merapu2..lepas2 1 pastu 1 pulak. Smpai takot buat solat,sedekah,buat bnda baik. Msty ada rsa dlm hati sebaliknya. Aku kna br 2bln..lpas mak meninggal..agknya time sedih lg sng dy nk masok dlm jiwa yg lemah..lg2 pulak br nk dekat2 kn dri dgn allah..sebelum nie,lalai..dy x suka nk buat bnda baik..aku nk solat.tp aku rsa mcm takot allah murka sbb dlm solat kekarutan mcm2..mcm mempermainkan allah. Tp aku xda niat..cuba kawal sedaya upaya..tp x berhasil..bila bca pngalaman org lain aku rsa tenang.. aku taw aku x o
    Sorang2 :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak saya pun kena . sedih sangat , betul kata awak nak solat pun jadi takut . Allah ja yg tahu . nk no fon boleh blh share .

      Delete
    2. saya pun kena tahun ni jugak...😔

      Delete
    3. Saya kena Khamis minggu lepas ������

      Delete
    4. Ya Allah..setelah sekian lama berbolak balik dalam diri saya..Allah ketemukan ramai sahabat dalam ini yg keadaan sama dgn saya..sambil baca sambil menangis..rupanya..makin ingin dekatkan diri dgn Allah makin hebat bisikan/lintasan hati tu dtg menggangu...

      Delete
  19. Sapa yg nak share or luah kna luahkan pada sape yg pernah alami.. org xkna,mereka xtaw.. allah..ampunkan lah kami semua..sesungguhnya kami ingin menjadi hamba mu yg soleh solehah..amin

    ReplyDelete
  20. Ramai lagi rupanya yg terima ujian sama mcm aku. Aku pulak kena masa nak solat. Dlm solat byk lintasan berpusu-pusu masuk melibatkan akidah dan tauhid. Penah jugak rasa sesak nafas nak lawan semua lintasan hati tu. Kadang terpaksa kuat kan sikit bacaan solat utk terus fokus. Tapi masih lagi ada ruang kecil utk syaitan ni selinap masuk dan ganggu kita. Pernah tampar muka sendiri sbb aku jadi was2 sama ada lintasan tu hadir dgn sengaja atau tidak sengaja. Aku jadi takut dan ibadah yg aku nk buat pun jadi tak semangat sbb jadi tak keruan. Tapi Alhamdulillah lepas solat taubat atas panduan buku hati jadi tenang sikit walau masih ada sikit2 lintasan hati tu. Tapi aku tetap cuba utk lawa.

    Semoga Allah merahmati kita semua. Amin.

    ReplyDelete
  21. Ok,ramai rupanya yg Kena,smpai sekarang lintasan kufur ni Ada dlm diri aq,smpai aq ingat kenapa Artis yg seksi2 x dk lintasan hati,kenapa Kita nk berubah Ada lintasan hati? Smpai camtu,mmg stress,nk mengucap smpai setengah jam sbab dia kacau,nk solat smpai takut sgt sbb dia kacau,Dulu kena juga,bila berubah,buat byk amal,dia kurang dh,sekarang Mari balik,Kalau admin Ada n.fon share la boleh Kita bincang,Kat sekolah pin sering mengucap smpai kawan tnya bt apa Kat sini ? Hmm moga Allah permudahkan...

    ReplyDelete
  22. Allah saya pon ada baru terjadi pikiran bercelaru hati bckp mcm2 lagi kita cuba dkt dgn Allah smpi kdg2 trckp nk kluar islam..nauzubillah tapi sbnrnya saya xda niat nk pikir mcm tu.tiba2 benda ni datang sendri walupun saya cuba lawan dia jadi tak tenang gelisah bila lintasan tu dtg..saya istghfr lgi dia kuat bckp2 dlm hti bnda2 cmtu smpi saya nngis saya tkt adkah aku dh murtad..adakah dh trbatal aqidah.mngucp balik.saya x thu la tiba2 bnda ni dtg.bckp plk pelik2 yg blh mmbatlkan akidah.smpi skrg dh 2 mggu.saya tkut sgt..moga Allah mgmpunkn kta dan saya..Allah yg thu.saya xmntk smua ni dtg.tiba2 je bnda cmni trlintas dgn sndri.Hnya Allah yg thu btpa tsksa ye nk tngkn n tntrmkn hti balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang kamu rasa tu semua saya prnah rasa, nak masuk tahun ni dah 5 tahun benda ni jadi dekat saya....sampai satu tahap saya doa dkt allah,...cabutla nyawa saya....sya tak sanggup.....nak hadap benda ni.....saya makan tak lalu,sampai satu tahap berat badan saya susut teruk....saya cerita dekat mak saya....mak saya cakap jangan layan benda macam ni.....tiap kali saya dengar ceramah agama...benda tu mempersoalkan apa yang ustaz tu ceramah...........sekarang dah berkurang...alhamdulilah,walaupun masih ada lagi.....

      Delete
  23. saya pon sama btarung skrg..moga Allah mgmpunkn saya dan kta smua.. bdbar2 x tenang rasa bila bnda tu trlintas kt hti.trlntas plk bnda yg boleh mmbatlkan akidah.allah saya tkt.tp bnda tu dtg dgn sndri .Allah saya x thu la.moga Allah maafkn saya dan masih pelihara agama yg saya muliakan ni.ssguhnya saya xmntk jadi cmni.saya takut.

    ReplyDelete
  24. saya betul2 takut..tkut akidah kita .takut allah marah kita murka kita.mcm2 bila bnda tu dtg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun macam tu juga....sepanjang saya jadi ni...saya banyak berdoa dan tawakal......mungkin ada hikmah sebalik ini...kamu tahu,mula2x saya jadi...saya ingat saya seorang saja...tapi rupa2xnya ramai yang kna....sya sampai takut duduk seorang diri....bila jadi macam ni..sampai satu tahap nikmat hidup ni hilang...tapi saya anggap ni salah safu jjian nak berubah jadi baik....saya harap kamu pun banyak bersabar,berdoa...ada hikmah disebalinya...senyum...

      Delete
  25. saya dh pergi darussyifa.kalian yg jadi mcm ni mntk pg la sbgai ikhtiar.semoga kita sama2 sembuh dari semua ni.kuatkan hti kita..semoga allah trus beri kita kekuatan utk hadapi semua ni..

    ReplyDelete
  26. Saya Pon sama mengalami perasaan begini, Allah yg mengetahui memperbanyak berzikir dan mengigati yg Maha percipta dunia akhirat yg kekal akhirat,

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikumm. kwn2 semua. apa yg anda semua hadapi,sy pn menghadapi dr 7bln yg lepas..ini semua adalah permainan iblis laknatullah.. hanya allah yg tahu. tp skrg ,alham dulillah..sy boleh dikatakan pulih walau x 100%.. sy tahu apa yg awk semua rasakan. tips dr sy.. selalu lah baca al quran.. tiap2 hari.. solat di awal waktu. syaitan nk bg kita down je.. putus asa dan takot nk dekatkan dri pada allah. itu tujuan dia. jd harus kna kuat lawan.. wlupn sy hmpir pulih,tp adakalanya dia dtg jgk..tengelam timbul..ada masa,dy dtg lg mcm 1st mula2 dtg dlu. apa yg kita kna buat bertenang.. jgn takot. kita ada allah. dia tahu apa yg terjadi pda kita. apa yg terjadi ini atas izin dia jgk.. dy nk uji kita.. jd kwn2 semua kna kuat dan tabah ye..nty 1 hari akan kurang dan pergi percayalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya perlukan bantuan awak, ada cara untuk saya hubungi awak?

      Delete
    2. Saya guna..blh contact email saya...rinamatakhir@gmail.com

      Delete
  28. Mmg,sapa yg kna hidup dia jd x tentu arah..jd hilang semangat..dan sbgainya. tp cara yg paling baik adalah kita berserah pada allah dan BERTAWAKAL padanya.. kita doa mtk perlindungan.mtk sembuh.. kita xnak nie semua... kita syg allah,syg rasul,syg agama kita islam.. sbb kita ada rsa mcm tu lah,syaitan nk kacau.. jgn risau pasal nie smpai merosakkan hdup dan dri kwn2 semua.. bersabar...bila dia dtg, lawan.. ckp,pegangan kita hanya pda allah s.w.t . lg kuat dia dtg,kita kna lg kuat fight!

    ReplyDelete
  29. nasihat sy,teruskan hidup mcm biasa..mcm org lain.. apa yg kita hadapi, kita harus hadapi.. kita x mampu nk lari. tp ingat,yg kita ada allah ntuk kita angkat tgn dan memohon pertolongan...allah syg kita.percayalah,allah syg kita itu sbb allah uji mcm nie... harap kwn2 semua beetenang dan berserah lah sesungguhnya pada allah sahaja. ckp pada dri" jgn ingat disebabkan ini aku nk jd lemah dan mengalah,tp disebabkan ini lah aku akn lebih kuat dan lebih sygkan allah..syaitan takkan mampu lemahkan aku..aku ada allah" inshaallah.. hati akan tenang.. beransur2 lah dy pergi..

    ReplyDelete
  30. 2nd stop googling psal nie.. nty kita terbawak2 dgn apa yg org lain hadapi.. kemudian bermain2 dikepala.. itu ruang ntuk iblis permainkan kita lg. ye,mmg betol kita menghadapi msalah lintasan hati dan stop. ckop sbb dh tahu rmai org yg kna sama mcm kita rupanya.. lepastu, yg kita kna buat. buat persiapan dri.. benteng pertahankan iman kita.. dgn cara, belajar ilmu.dekatkan dri dgn allah.. carik kawan2 yg pandai bab2 agama.. lama2,awak semua x kisah sgt dy dtg. sbb kita tahu bezakan tu bukannya kita.. kita x mampu,kawal hati &fikiran kita..allah je yg mampu..

    ReplyDelete
  31. kalo ada perasaan risau ,sedih, takot dan mcm2 lg sbb nie.. tu tandanya kita xmahu ini semua terjadi.. jd dh sah2 lah yg kna kt hati kita tu bkn kita yg nk.. tu bisikan iblis..adakalanya,hati berkata2 perkara syirik,jht,akidah dgn terok sekali.. yg perlu buat.. selamba je.. mcm xda apa. cuma jwb, aku beriman kpda allah dan juga rasul2 nya.ckop. jaga solat 5 waktu sy pernah dgr ustaz ckp.. dlm solat dalam tahiyat ada syahadah.. kalo kita jga solat, kita sentiada jga iman kita.. kdg2 kita x sedar kita buat apa kan. byk kan mengaji..hari2..lama2 iblis panas lak nk kacaw .

    ReplyDelete
  32. sy harap kamu semua akan sembuh juga.. sy phm perasaan mcm nie.. msa tu sy harap,ada seseorang yg dpt bantu sy.. :'( tp sy silap..yg dpt bantu sy adalah allah.. dan dri sy sndri. sy harap,kita semua akan pulih seperti biasa semula..dan yg paling penting.. jgn lupa ALLAH.

    ReplyDelete
  33. sy x tahu sama ia lintasan hati atau gangguan dari syaitan...masa awal tahun 2017 sy bertunang...masa tempoh tu sy rasa was2 dan menagguhkan perkahwinan sebanyak 3x...sy rasa was2 dgn tunang sy....bila sy yg sendiri putuskan tunang...sy rasa lega...dan sekarang sy bertunang dan merancang nk kawin...lintasan hati dan pikran datang balik...menjadikan sy was2 kembali...adakah ia bisikan syaitan atau penyakit

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la reply kat facebook masger sy marq haslam

      Delete
  34. Ya Allah aku ingat aku sorang je alami lintasan hati yang dasyat ni..kadang kadang rasa rasa berdosa sangat dengan Allah.sebab macam x sedar ape yg kita niat.allahu

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum. Saya juga mengalami perkara yg sama. Sehingga saya stress asyik asyik memikirkan dan menidakkan . Lintasan tu kadang2 sehari2 asyik bermain2 dlm hati dan fikiran saya. Saya sangt takut . Bila nk sembahyang . Benda tu asyik kacau. Ilmu agama pun lemah.kadang2 baru je bangun dh ingat apa yg lintasan tu cakap. Ya Allah. Saye rase nk dpt kan pandangan dn pendapat dr ustazah. Saya takut telah kufur. Kepala saya sampai pening asyik memikirkan .semoga Allah membantu kita

    ReplyDelete
  36. Sama sgt mcm apa yg sy hadapi. masa nk solat lah paling susah hati. tp, kmu semua jgn lah bimbang.. kita semua masih beriman dan islam.. sy dlu pn takot sy dh murtad sbb bnda2 lintasan tu syirik dan mengaku yg bkn2.. tp itu bknlah kehendak hati kita. kita beriman pda ALLAH.. jgn lah down ye.. percaya 1 hari nty ianya akn pergi perlahan2 dan makin berkurangan. jalani kehidupan mcm biasA..sma2 kita carik ilmu agama.. isi masa terluang,jgn dok sorang2 nty jd lg serabut mcm2.. apa pn lintasan yg dtg.. cekal kan hati.. yakin kuat2, ALLAH tahu segalanya..jgn kn kita yg kurg ilmu agama nie shja yg knA. para sahabat nabi pn kna.. apa yg kita perlu buat. abaikan,wlupn sukar..lma2 dia akn kurang.

    ReplyDelete
  37. sy pn mula2 kna, dr celik mata je kalimat keji tu muncul.. sy smpai dh tahap ckp sorang2 msa tu..menangis. sy rsa kna depresion.. tp allah masih sygkan kita.dia tnjuk jln keluar. jgn putus asa dgn rahmat allah.. mtk lah pertolongan dr dia.

    ReplyDelete
  38. Smpailah sekarang dah 8bln sy kna. tp bezanye,dh byk kurang dr mcm awal2 kna dlu. tp setiap hari ada je lintasan2 gngu.. dlm solat ke apa ke.. dy dtg. sy cuma mngucap,bertaawudz..mtk pelindungan allah dan sentiasa ingatkan dri.. INI BUKAN kehendak sy.. allah yg maha mngetahui.

    ReplyDelete
  39. Sye pun Kene masuk tahun ni lima tahun doh Kene??

    ReplyDelete
  40. Mcm2 Sye Kene sama mcm org2 yg seperti di atas Sye dekati agama semakin kuat gangguan tu.. Sye dengor kuliah ustaz2 mengajar pun Kene ganggu.. Sye mmg nok berlajor agama.. Tpi ada gangguan ni?? Klu Sye berlajor gangguan tu makin kuat ganggu sye..

    ReplyDelete
  41. Salam sahabat2 saya pn jdi benda yg sama.. Sampai bercakap di dalam hati bertekak sebab nk jaga supaya akidah kita x rosak.. Sudah hampir 6 tahun.. Pada 2014 masa first time saya kene.. Saya terlalu takut rosak akidah sehingakan saya di masukkan ke dlm ward gila kerana asyik menagis.... Terima kasih skrg saya masih melatih diri agar kuat menempuh dugaan ini...

    ReplyDelete
  42. Ye saya pun sama mcm awak ada suara yg bercakap dlm hati sye.. Sye tahan bila ada suara tu bercakap time wudhu solat pun sama ada je dtg sentiasa dtg..

    ReplyDelete
  43. Sye pun sama mcm awak.. sabar Sye pun Kene mcm awak??

    ReplyDelete
  44. sy ada mslh yg hampir sama mcm ni..

    ReplyDelete
  45. Replies
    1. Sama kita ... susahnya untuk hilangkan perkara ni dah lebih sebulan .. perkara ni pon jadi dosebabkan saya nak dekatkan diri dengan Allah swt. Semoga Allah merahmati kita ..amin

      Delete
    2. Sama kita ... susahnya untuk hilangkan perkara ni dah lebih sebulan .. perkara ni pon jadi dosebabkan saya nak dekatkan diri dengan Allah swt. Semoga Allah merahmati kita ..amin

      Delete
  46. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  47. Ramai yg bermasalah seperti ini..semoga kita sentiasa kuat atas ujian..Allah sayang hambanya yg ber iman.

    ReplyDelete
  48. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  49. Boleh sesiapa bantu saya juga. Saya pun menghadapai masalah ini. Saya ada permasalahan. Mengenai lafaz. Bila dapatkan pendapat dari imam, ustaz, dan peguam2 sharie. Semua kata takda apa2. Tapi hati saya ni masih kurang yakin.kdg2 ok.. kdg2 timbul semula kurang yakin. Ada yang boleh membantu saya. Untuk saya cerita dan luahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam bang,boleh sy nk tanya detail bab ni..

      Delete
  50. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy baru je menangis td sebb takut. Takut saya tersalah cakap walaupun hanya dalam hati.. murung saya.. Baca tazkirah tentang lintasan hati sambil menangis. Lepas menangis, lega😊 Nak elak benda ni sebenarnya lidah mesti selalu Istighfar.. tp ye la. Dalam bilik air mcm mana nak istighfar..

      Delete
    2. sya dh lama kena bnda ni , kdng jdi murung sedih dkt stahun tpi sbb iman pda ALLAH dan Rasul sya dpt atasi Alhamdulillah

      Delete
    3. btl.bln pose pn kne..pkataan yg xelok selalu dtg.sy takut bdose

      Delete
    4. Mcm mana ya puasa??klau die dtg tetibe ??

      Delete
  51. sy perlukan bntuan.sy selalu tlintas perkataan2 yg xbaik.sy takut bdosa.
    tgh solat pn lintasan dlm ati tu blh dtg.
    sy takut.blh ke bntu saya.emel sy ary_hadirash@yahoo.com
    sy sgt2 brharap

    ReplyDelete
  52. Assalamualaikum saudara. Saya sngt mengenaili perasaan2 buruk ini. Saya cuma ingin nasihat, APA PUN yg terlintas (murtad, syirik, penghinaan kepada Allah) tanpa sebab (tiba2 dtg niat tu). Jgn berhenti solat. Demi Allah jgn berhenti solat, walaupun masa tngh sujud tu tiba2 dtg, baca surah ke. Buat la ibadah sebanyak mungkin. Bnykkan dngr psl kematian, In shaa Allah berkurang. Saya berdoa agar kita smua diberikan keampunan dan meninggalkan dunia dalam keadaan Husnul Khatimah. In shaa Allah, demi Allah, kita dapat lawan untk Allah. Niat smuanya kerana Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masya allah tuan sangat faham, saya ingat saya sorang je,semoga kita semua diberi kematian yg diredai allah swt

      Delete
  53. Allahu, Puas cari pasal ni, x taw istilahnya apa, mula2 confuse sama ada lintasan syaitan ke hati kita sendiri, sbb bulan puasa pun tak boleh nak kawal..terus ada konflik besar dlm hati menidakkanya..ingat saya sorang je kena T.T ...semoga kita semua tergolong dalam golongan kanan yg disebut dlm al quran..kepada Allah sahaja kita sembah, kepada Allah sahaja kita meminta pertolongan

    ReplyDelete
  54. MashaaAllah...saya pon start jadi selepas saya alami fasa sedih yg panjang...mungkin ada sedikit kemurungan...selepas tu hati jadi tak tentu arah, banyak terlintas diluar kawalan...sampai rasa kalau terus mcm ni boleh jadi gila...lagi teruk kalau lebih nak dekatkan diri kpd Allah...mcm2 lintasan berlaku...harini saya puasa ganti tapi lintasan ni terus menerus berlaku...saya pon dah jadi confuse kena puasa semula atau tidak...dan saya puasa ganti sebab saya confuse ini lintasan atau diri saya masa saya puasa pada bulan ramadhan..takut terbatal iman masa puasa bulan ramadhan :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pn alaminya jgk..smpi rse bdebar2 dan takut sgt..sy cbe atasinye dgn istighfar zikir solat dn baca Al quran..hrp sgt dpt kembali normal dan beribadat dgn lebih baik..sy jgk percaya Allah tak kan bebani kt dgn apa yg kt tk mampu..bila kt luahkan kt akn lebih yakin sbb kt tau bkn kt sorg je yg alaminya..

      Delete
    2. Samelah saya pun hadapi bende same Allah je tahu sesak dada nak hadap bende yang bukan bukan nie tapi yakin je Allah uji begini sebab Allah sayang

      Delete
  55. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  56. Saya pon sama.Sat terlintas itu,sat terlintas ini.Kadang2 stress sangat.Ahli keluarga aku pon dah hairan tengok aku macam ni selalu.Kadang2 mereka pon tolong aku gak.

    ReplyDelete
  57. kadang2 nak niat ambil wuduk pon kena ulang banyak kali sehinggakan sampai 15 minit baru boleh selesai sebab tak mau ingat dah lintasan hati.BTW saya dari Nibong Tebal,pulau pinang.

    ReplyDelete
  58. Abaikan je... Allah maafkan sebab tu bukan kite, tapi setan... Itu di luar kemampuan manusia nak elak... Itu lah bukti kebenaran Allah dan Rasul, setan memang makhluk ghaib yang goda manusia jadi kufur kepada Allah, terus kuatkan iman, tinggalkan iblis laknatullah... Ingat pesan Nabi kite, ucapkan aku beriman dengan Allah dan RasulNya, abaikan bisikan tu... Anggap je orang gila tengah bercakap nak kacau kite, abaikan, abaikan, abaikan... Iblis tak boleh buat ape2 ...

    ReplyDelete
  59. Saya pun ada masalah mcm kalian. Mula mula masa saya tahu, sya takut sangat. Tapi sya lega sbb bukan sya sorang... Dulu masa sya dpt tahu, benda tu hilang sekejap tp skrg dia dtg balik dn makin teruk sampai sya tk tahu nak buat apa. Kadang ii nangis sorang ii, stress sampai sya jd seorang pendiam ms sk.
    Apa yg kalian rasa, saya pun rasakan. Dah tak tahu nak buat apa dah ni tp sya ttp tk akan berputus asa dgn rahmat Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf kerana menganggu.Encik/puan umur berapa.

      Delete
    2. Sy harap kawan2 kt cnie boleh sembuh dgn cpt. Bnda nie cuma jgn fikir sgt jee.. sy okay pn mkn masa setahun. Smpai skg ada je gangguan. Tp sy abaikan lah. Sbb sy pgg 1 je . Tu bkn lah kehendak sy yg sbnar nya. Allah lebih tahu apa isi hati sy yg sbnrnya.

      Delete
    3. Boleh saya tanya,apa nama cik dan cik berasal dari mana kerana saya banyak lihat komen2 cik.saya pon faham apa yang cik alami.

      Delete
  60. Boleh saya tanya,apa nama cik dan cik berasal dari mana kerana saya banyak lihat komen2 cik.saya pon faham apa yang cik alami.

    ReplyDelete
  61. Tak sangka...rupanya bkn saya sahaja seorang diri yg ada penyakit ni..skrg saya stress sngt bila benda ni tiba² terjadi..sampaikan saya blh menangis tiap² hari memikirkan benda ni.Doakan saya moga cepat sembuh dri pnyakit ni.Saya start kena awl bln.saya sedih sngt kenapa blh benda ni blh terjadi..huhhh smpai stu masa saya blh give up 😭

    ReplyDelete
  62. ALLAH UJI..SEBAB ALLAH TAKNAK BAGI HAMBANYA LALAI..DAN ALLAH NK KITA SENTIASA BERHARAP...SAYA SEDANG BERJUANG MELAWAN BISIKAN NI..SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN SYURGA KEPADA KITA..

    ReplyDelete
  63. Saya pun begitu. Seperti dalam hati seperti bercakapTbercakap saya y ..s saat solat dan aktivitas dengan orang lain. Padahal diri ini sungguh menolak dan tidak ingin. Buat sahabat yang tau cara menghilangkan nya . Mhon sharing nya 🙏

    ReplyDelete
  64. Saya pun begitu. Seperti dalam hati seperti bercakap tuhan saya y ..s saat solat dan aktivitas dengan orang lain. Padahal diri ini sungguh menolak dan tidak ingin. Buat sahabat yang tau cara menghilangkan nya . Mhon sharing nya 🙏

    ReplyDelete
  65. Saya Sama.. Cuma Setiap kali saya nak buat sesuatu.. Spt nak kawin.. Akan berkata2 hati seperti mencabar Allah saya kalau saya kawin dgn dia.. saya akan jd kafir kalau saya buat sekian2.. Sbb tu saya tak kawin smp skg..

    ReplyDelete
  66. Semoga kita semua diberi kesembuhan

    ReplyDelete
  67. Allahu baru tahu,kena benda nie ,tapi semua lintasan Tu ,semua yg boleh membatalkan akidah,Allahu akbar,

    ReplyDelete
  68. Allahuakhbar😭😭

    Saya rasa lega sangat, Ya Allah. Saya ingat saya sorang je macam ni.

    1st time kena pada malam hari sampai tak boleh tidur, paksa paksa dan terus paksa. Akhirnya tertidur.

    Lepas tu terjaga semula (jam 3:00pg lebih kurang), bisikkin tu datang lagi. Bila saya berkata-kata, saya rasa debar dan resah gelisah. Dada sakit sebab kata-kata tu kata-kata yang boleh membatalkan akidah. Saya takut sangat. Wal hal saya tak berniat pun nak cakap macam tu. Allahuakhbar😭😭

    Saya masih positif, mungkin ini masanya Allah nak kejutkan saya untuk bangun solat Tahajud tapi dia masih menyerang dan terus menyerang sehingga Subuh saya tak tidur. Lepas Subuh saya zikir saya ngaji, pun dia menyerang lagi. Sampailah ke hari ini (rasanya sebulan juga).

    Bercelaru je otak ni memikirkan masalah ni. Allahuakhbar😭😭

    Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui segala sesuatu. Dia ketahui akan apa yang tidak kita ketahui dan Dia tidak uji hambaNya diluar kemampuan.

    Semoga kita semua diberi kesembuhan segera dan sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T.

    Amin YRA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam awak kena lgi ke, betul sakit sesak dada bila melayang pstu fikiran rasa pusing bila makin lama layan lgi truk.saya dah dkt 2 tahun kena bnda kadang2 dia dtng kdan2 dia pergi...skrng duk persoal2kan psal islam .kes bila baca orng kafir duk mainkan perkahwinan Nabi Muhamamad saw dgn siti Aisyah ra..prkawinan muda ..pstu duk pikir ada bsiikan setan halus duk2 main pdahal bkn saya yg persoaln..sakit uh layan boleh murung ..hnya pd Allah swt mengadu 😔

      Delete
    2. 😭😭saya dah tak larat makan pun tak de selera

      Delete
    3. Sabar ye saya pun tengah hadap bende yang same dengan awak

      Delete
  69. Allahu milik Allah segala apa yg ada di langit dan dibumi. Sy jugak mengalami hampir 10 tahun sungguh benar bila Allah berfirman Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3). Apa yg berlaku pada kita semua asbab mudah2an sebagai penguat iman dan akidah lebih2 lagi kita berada pada fasa pengakhiran zaman. Wallahualam moga Allah mengampuni segala dosa kita.

    ReplyDelete
  70. Aku pun masih kena juga lintasan hati ni.Masa mandi,solat,makan tak Kira di Mana jua.Aku mula jadi cmni tahun 2020.Aku Tak tahu la Knp?.Kiranya 1 bulan lepas aku dah ok dah. Tpi hrini dia datang balik masa aku mandi. Aku stress do. Tambah lagi dengan was was. Bengkak mata aku nangis psl ni. Aku tau ni kerja syaitan. Aku dah try hard Tak nak layan.Tpi dia tetap dtg.Aku masih budak. Tpi aku Tak boleh tahan dah.Aku selalu fikir bukan². Aku harap semua ni berlalu dengan lebih baik 😭.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😭😭sama saya baru 17 tahun 😭😭sebab tu saya nak pergi sekolah sbb takkan fikir apa2

      Delete
    2. Saya pun sama.... Baru 17 tahun

      Delete
    3. Awak okay dah ke

      Delete
  71. Tolong lah sapa2 ada tak cara nak hilangkan ni dah saya hadap 5 tahun makan x de selera ...keje sek tak terbuat sebab stress..rasa cam nak bunuh diri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak okay dah ke

      Delete
    2. Saya pun macam tu tapi masalah saya saya tak tau saya punya ni lintasan hati atau tak saya tahun ni 16 tahun

      Delete
  72. Tolong lah saya dah merana hidup macamni..Banyak lintasan dan bisikan kufur datang..saya mengucap banyak kali semata-mata nak sahkan saya masih islam nak lawan mmg saya tak larat..saya sedih kenapa benda ni jadi kat saya ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyakkan zikir pastu tetapkan dalam minda yang bukan kita yang nak fikir camtu semua tu hasutan syaitan yang nak sesatkan kita

      Delete
    2. Jom jadi kawan nafeesah

      Delete
  73. Adik cuba pergi as-shifa atau mana2 perubatan lain.Adik juga boleh minta ayah adik pergi jumpa mana-mana ustaz.Mungkin meraka boleh beri kata-kata yang membolehkan adik tidak risau akan lintasan hati itu.

    ReplyDelete
  74. Adik cuba pergi as-shifa atau mana2 perubatan lain.Adik juga boleh minta ayah adik pergi jumpa mana-mana ustaz.Mungkin meraka boleh beri kata-kata yang membolehkan adik tidak risau akan lintasan hati itu.Akhir sekali,adik cuba cari bukti kebenaran agama islam yang telah berlaku sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bang kalau saya kan saya akan selalu teringat benda tu bila saya dah lupa saya akan teringat balik tau dia lirik lagu macam " they tell me I'm a god" saya macam nak gila dah nak lupakan bila saya lupa saya mesti akan teringat balik dalam hati fah banyak kali saya ulang shahadah saya takut sangat saya macam tak boleh lupa benda ty

      Delete
  75. Allah lebih tahu apa yg terbaik untukku :) Semoga kalian semua diberi kesembuhan olehNya

    ReplyDelete
  76. Asalamualaikum saya pun pernah terjadi masa form 4 lepastu hilang dan lepastu sekarang jd balik sampai saya tidak selera makan dan tidak boleh tidur kadang hilang sekejap tp tak sampai sehari datang balik,�� masa sekarang saya tngh duduki SPM .saya tawakal dan redho saja dengan keputusan SPM saya . Macam macam lintasan hati ini datang pada diri saya sampai saya rasa diri saya sudah gila �� 3 hari lepas saya bg tau dekat abah saya sebab saya dah takut sangat sampai nangis masa beritahu ���� . Alhamdulillah sekarang sudah membaik . Saya harap semua yang terkena lintasan ini dapat sembuh dan Allah dapat menguatkan lagi iman kita untuk dapat beribadat dengan lebih baik ☺️

    ReplyDelete
  77. sama apa yg terjadi kt sy..sy dh berkahwin,kdg smpai ketap2 bibir nk menafikan perkataan c***i tu..xpernah terlintas untuk ke arah tu..sapa2 kt sni boleh kongsi apa hukumnya bagi kes mcm ni?..dari sudut syariah terutama.

    ReplyDelete
  78. Sabar ye saya pun tengah hadap bende same biase lah syaitan memang suka mengganggu kuatkan diri tetap dalam hati yang bukan kita yang fikir semua yang terlintas tu zikir banyak banyak

    ReplyDelete
  79. Kalau ada yang mengalami bende sama dan boleh membantu wasap saya ye 0139642397

    ReplyDelete
  80. Saya pn pernah kena sampai sekarang masih ade lagi dia kan suruh saya meminta tolong kepada mahluk lain kadang kadang time solat tu selalu kena .Kadang kadang nak nangis bila dipiirkan. Semoga kita semua diberi kesembuhan insyaalllah

    ReplyDelete
  81. Nk tnya klau kita ..terlintas hati kata mcm ni aku org kafir ..kita xnk ckp .tpi perasaan tu dtg sndiri ..lintasan hati ..mulut xckp pon mcm tu ..kita xda niat nk ckp mcm tu ..tiba dlm hti terlintas mcm tu ..bolh bgi pernjelasan

    ReplyDelete
  82. Sy istifar byk2 ..berzikir.dan solt taubat

    ReplyDelete
  83. Saya pun punyai lintasan hati kadang kadang terlintas benda haram dan mempersoalkan ibadah sedih dibuatnya nk tepis dy datang tepis dy datang

    ReplyDelete
  84. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  85. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  86. saya juga mengalami masalah lintasan hati yang kufur dan was-was yang teruk sperti saya solat atau mengambil wuduk saya akn merasa angin keluar dari pungkoq saya.en lintasn hati juga amat merisaukan takut bole merosakkan iman dan akidah .apakah perlu saya buat.

    ReplyDelete
  87. selain itu was-was juga menganngu saya dalam beribadah seperti merasa angin di pungkoq lupa rakkat ,bacaan ,lupa merasa tidak sujud dan rukuk menyebabkan saya tidak boleh khusyuk dalam ibadah yang dilakukan.

    ReplyDelete
  88. Sya kena masa umur 14 tahun or 13 tahun dlu.. sekarang sya dh berumur 39 tahun.. daripada lintasan tu lah punca daya dapt ocd plak.. ocd yg sangat2 teruk.. klimaks nya tahun 2011 ke 2010 sya g jmpe doktor dapatkan rwatan.. 2015 discharge.. dia smpai 1 tahap rasa.. matikan jela aku ni ya Allah.. letihnya hdup camni.. dan sya xsgka ramai rupanya menrima naseb yg sma mcm sya.. ssiapa nak share pendapat or advise or luah rasa email lah sya zuliana.ikhlas@gmail.com

    ReplyDelete