Pages

Dakwah Part 1

Assalammualaikum. Awake. Alive. Blessed. Alhamdulillah.. (^ . ^)

Baru je lepas makan. Kenyang perut suka hati. Huhuhu

K, toksah merepek panjang2, kita terus ke tajuk utama "Dakwah".
Fara ambil sedikit petikan ayat dari blog seorang rakan yang ohsem. Antaranya:

....mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?

 Kalau betullah kau kawan baik aku, kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati, aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.

Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Kalau nak baca post yang penuh boleh baca di sini.

Sumber: husnuzzonloa.blogspot.com

.....
Kalau nak diikutkan, ini bukanlah kali pertama Fara dengar/baca post macam ni. Dulu masa belajar di uitm, ada dijemput penceramah (4 orang) yang membincangkan tajuk 'dakwah'.
Tapi yang ajaibnya, keempat-empat orang penceramah itu adalah orang bukan melayu 
(yang asalnya non-Muslim tetapi kemudian memeluk Islam).
Bila penceramah tu tanya, ada sesiapa tak yang nak ikut berdakwah sekali, tiada siapa pun angkat tangan (termasuklah Fara). 

Fara teringat, masa form 4 dulu ada seorang rakan cina bertanya mengenai Islam. 
Tapi Fara senyap je tak cakap apa..
Langsung xde niat nak kenalkannya dengan Islam..
Why? 
Ni jawapan Fara & yang sewaktu dengannya..
Sebab kami sendiri pon tak taw apa kebaikan menganut Islam ni.
Banyak perkara tak boleh buat bila menganut Islam.
Lagi-lagi bila diorang kena bersunat/khatan kalau nak masuk Islam...
Orang melayu mundur di bumi sendiri.
Banyak masalah moral (bohsia, gay, rempit, etc.) yang melibatkan orang melayu..
So, macam mana la kami nak promote Islam itu adalah agama terbaik sedangkan kami 2x5 malah lebih teruk dari non-muslim?

 ...Kini masa berlalu, banyak benda yang Fara dah lalui, dan ilmu pun makin bertambah.. Alhamdulillah syukur kepada Allah.
(^ . ^)

K, berbalik pada post (dari blog lain) yang diatas tu, ada satu ayat yang buat Fara hooked lepas baca:

"Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati, aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain."

Hhmm..
Toksah fikir apa dah..
Jom kita prevent benda tu daripada berlaku.
Fara taknak di dakwa di mahkamah Allah nanti.

Dari Anas RA :
Kami para sahabat RA bertanya "Ya Rasullullah SAW kami tidak akan menyuruh orang untuk berbuat baik sebelum kami sendiri mengamalkan semua kebaikan dan menjauhi semua kemungkaran." Maka Nabi SAW bersabda, "Tidak, bahkan serulah orang untuk berbuat baik, meskipun kalian belum mengamalkan semuanya. Dan cegahlah kemungkaran, meskipun kalian belum menghindari semuanya."
(HR Thabrani)

Renung-renungkanlah ye.. (^ . ^)

Fara akan sambung dalam post seterusnya. Ada kerja sikit nak buat.
Anak perempuan sorang la kann.., ada je keje nak kena buat.
Huhuhu..
k, wasalam.

Hijrah Seorang Hamba Part 1

Assalammualaikum.

Kali ni nak cerita pula kisah penghijrahan seorang hamba Allah bernama Farah Aqillah Binti Abu Hanipah (sayalah tu). Huhuhu..

Member-member lama yang satu kelas ngan Fara dulu taw la Fara ni macam mana orangnya...
Hot temper, ..doesn't care about surrounding, otaku, kpop mania, straight forward,
hhmm... a loner?? ( - . -")
Banyak lagi.. tapi malas ar nak citer. Yang lalu biarkanlah ia berlalu...
Kita move on jom.
Apa-apa pun Fara still lagi Fara yang korang kenal dulu...
Cuma bertambah baik..???
Hhmm..kena wat reunion dulu ni. Huhu..

K la, toksah merepek panjang2, Fara nak mula cerita ni..

Lepas graduate, Fara habiskan masa 6 bulan dok rumah (mengganggur). 
Dalam tempoh tu, entah tiba-tiba hati tergerak nak klik video kat youtube bertajuk 'What is Islam' oleh Zakir Naik (boleh tengok di sini).
Berminat nak tahu dengan lebih lanjut, Fara cari video2 yang berkaitan kat youtube..
Banyak nama yang Fara kenali selain Zakir Naik. Antaranya:
Ahmad Deedat
Yusuf Estes
Yusha Evans
Shabir Ally
 Hebat-hebat diorang semua ni... 
I love them all.. (^ . ^)

Masa tu niat nak berubah memang ada, cuma tak tahu nak mula macam mana...
Well, tak lama lepas tu Fara dapat keje di sebuah klinik swasta.
Keje kt klinik ni relax sikit daripada keje kat hospital.
Ada pesakit ada la keje, takde pesakit dok je xde buat pe..
Bos Fara ni pulak penyokong kuat BN... ada kaitan ke?
Ada.. Ni point penting ni taw!
Disebabkan bos Fara ni penyokong kuat BN, so banyak benda yang dia dok cakap pasal PAS 
(korang agak-agak la sendiri yer..). Huhuhu..
Fara jadi tak puas hati sebab lain dari apa yang family cakap. 
Well, my family pulak penyokong tegar PAS.
Rumit, rumit..

Kalau korang kat tempat Fara, mana satu korang sokong ek?

K, sambung balik.. 
Masa tu Fara tak sokong sesiapa.
Fara jadi tak percaya dengan kata-kata manusia walau dari mulut seseorang yang bergelar ulama sekalipun.
Fara nakkan kebenaran!
Fara nak tahu, siapa benar dan siapa salah.
Siapa pulak yang Fara perlu ikuti?

....

Hhmm..
Kita sambung lain kali ek.
Malas pulok nak menaip.
Huhuhu..

Lintasan Hati

Korang pernah dengar ke?
Fara kena benda ni setahun lepas. 
Tapi tak lama... dalam dua minggu gitu.
Bila Fara tahu jer yang bisikan tu daripada syaitan, 
entah tiba-tiba dengan izin Allah bisikan tu tiba-tiba je hilang.
Alhamdulillah.

Bukan Fara sorang jer yang pernah alaminya.
Ramai lagi hamba Allah yang lain pernah alaminya.
Tak percaya?
Boleh baca di sini kalau korang berminat nak tahu dengan lebih lanjut.

Diringkaskan cerita,bisikan hati boleh datang daripada Allah (khatir), daripada malaikat (ilham), daripada syaitan (was was), dan bisikan hati yang biasa diterima manusia.
Apa yang Fara alami adalah hati Fara tidak berhenti bercakap diluar kawalan. 
Kalau perkara baik takpe jugak. Ni tak, asyik mengutuk/mencaci orang.
Tiba-tiba tu pulak benda tu datang.
 Tapi alhamdulillah takde lah sampai berkata perkara2 yang boleh membatalkan akidah.
Korang tak faham takpe, sebab hanya orang yang pernah alaminya jer faham macam mana menderitanya kami bila benda tu datang menyerang.
Tapi sekarang Fara dah okey.
Alhamdulillah syukur kepada Allah.
(^ . ^)
Kalau ada di antara korang yang pernah/sedang alami gangguan ni, 
jangan takut dan jangan risau.
Allah Maha Mengetahui apa yang sebenarnya berlaku kat korang.
 Malah Allah lah yang membenarkan perkara tu berlaku.
Allah Maha Pengasih Maha Penyayang.
Dia tidak membebani hambaNya melebihi kemampuannya.
Ada sebab kenapa korang dan Fara terpilih mengalami ujian ni.
Bergembiralah kerana sahabat nabi juga mengalami perkara yang sama.
Itu menunjukkan iman korang benar.
Syukur, syukur.

Sebagai panduan, Fara ada sediakan cara-cara macam mana nak menghadapi situasi ni.
Fara amalkannya sehingga sekarang.
Terbukti berkesan!

Cara pertama jangan layan bisikan syaitan tu.
Dah terang lagi bersuluh yang bisikan tu dari syaitan laknatullah, yang korang p layan watpe?
Memang syaitan laknatullah tu nak menyesatkan korang, so toksah layan.
Bak kata UAI, kalo layan bodo.
Tapi Fara tahu korang tak bodo.

Cara kedua pulak serang balas.
Untuk gunakan cara kedua ni, korang mestilah ada ilmu yang...mantap??? 
(Sorry..., tak tahu nak cakap camne. Huhu)
Maksudnya, korang kena ada hujah yang kukuh untuk lawan balik tipu daya syaitan tu.
Tak semestinya para alim ulama/ustaz/ustazah je yang mampu guna cara kedua ni.
Korang pun boleh.
 Antara sebab-sebab seseorang itu mudah diperdaya syaitan adalah kerana:
kurangnya ilmu dan lemahnya iman.
Nasihat Fara, tuntutlah ilmu sebelum terlambat.
Memang korang akan bertemu dengan pelbagai rintangan dan cabaran.
Tapi sabarlah..
Memanglah mujahadah itu pahit sebab syurga itu kan manis... (^ . ^)

Dah guna kedua-dua cara di atas, korang janganlah lupa untuk mohon pertolongan dari Allah.
Merayu dan menangislah padaNya..
Hanya Allah sahaja yang berkuasa menyembuhkan korang.
Yakin pada Allah dengan sebenar-benar yakin.
Bertawakal kepadaNya setelah berusaha bersungguh-sungguh.
Allah takkan ditanya, tapi kitalah yang akan ditanya akan apa yang kita lakukan di akhirat kelak.
Buat apa yang korang mampu buat selebihnya serah pada Allah.

Cara lain, amalkan zikir secara berterusan.
Jangan tunggu lepas habis solat baru nak berzikir.
Belajar la berzikir di dalam hati.
Ketika masak, basuh baju, memandu dan sebagainya, latih hati untuk berzikir.
Hebat kuasa zikir ni...
Walaupun jasad sibuk dengan urusan dunia, tapi roh kita sentiasa ingat pada Allah.
Zikir juga sebagai pendinding dari gangguan syaitan.

Banyak lagi cara lain yang korang boleh amalkan seperti:
1) Amalkan baca tasbih, tahmid, takbir, & surah 3 Qul sebelum tidur
2) Sentiasa dalam keadaan berwuduk
3) Baca "Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari gangguan syaitan yang direjam!" setiap kali gangguan tu datang
4) Amalkan baca ayat awal, pertengahan dan akhir surah al-baqarah
5) Mengucapkan salam ketika hendak memasuki rumah/tempat kerja walaupun tiada sesiapa di dalam rumah.
6) Sentiasa mendengar azan dan al-quran.
7) Banyak melakukan amal kebaikan
8) Jangan biarkan diri keseorangan dan kalau boleh sibukkan diri korang
9) Berkawan dengan orang-orang soleh
10) Pergi berubat

Yang no 10 tu Fara tak buat. So, taktau nak kenalkan tempat kat mana nak berubat.
Harap korang faham. Huhu..

Untuk pulih sepenuhnya memang ambil masa.
Berlainan setiap orang.
Ada cepat dan ada yang lambat...
Ada seorang rakan Fara yang pulih setelah hampir 20 tahun mengalami penyakit ni.
Nasihat Fara, jangan putus asa dengan rahmat Allah.
Allah sayang korang sebab itulah Dia turunkan ujian ni.
Allah nak uji korang sama ada korang layak untuk melihat wajahNya di syurga atau tidak.

Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal..
(^ . ^)

Taubat Nasuha

 
My dear brothers and sisters in Islam, kalau korang rasa korang ni baik, tak pernah buat salah dengan sesiapa pun, apatah lagi berbuat maksiat,
jangan angkuh, jangan sombong, ingatlah:
"Setiap manusia itu adalah berdosa, dan sebaik-baik manusia adalah yang bertaubat."

Kita manusia, bukannya malaikat. Tiada manusia yang tidak pernah melakukan dosa.
Nabi Muhammad saw manusia paling sempurna pun pernah ditegur Allah (di dalam al-quran), 
ni apatah lagi kita manusia biasa.
Baginda beristighfar antara 70-100 kali sehari..
Itu manusia paling agung, kita pula bagaimana??
Astaghfirullah.

Bagi yang berterusan melakukan dosa pulak, soalan Fara:
"Bila korang nak berhenti buat dosa ni wei???"
Korang tak takut ke, manalah tahu kalau korang mati sebelum sempat nak bertaubat.

Kalau korang belum lagi melakukan taubat nasuha, lakukanlah segera.
Jangan bertangguh lagi.
Kita hanya ada saat ni, saat lepas kita dah tak boleh kembali, 
saat akan datang pula belum tentu kita masih hidup. 
Kembalilah pada Allah sebelum terlambat (mati).

Macam mana nak mulakan??

Dah cukup baik kalau korang ada niat untuk bertaubat.
Rata-ratanya semua orang memang ada niat untuk bertaubat, cuma tak berani nak mulakan.
..Takut jika mengulangi dosa tu balik..
Come on my friends..
Dah nama pun manusia.
"Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh."
Allah swt, our creator sendiri yang mengatakannya di dalam al-quran, not me.

Fara mengaku yang Fara dah lakukan taubat nasuha.
But still, tak terlepas dari melakukan dosa yang sama.
Tapi Allah swt kan Maha Pengampun dosa hamba-hambaNya?
Kalau dah buat kesalahan, mohon lah keampunan pada Allah.
Siapa lagi yang boleh mengampunkan dosa Fara selain Allah?

Ikhlaskan hati ingin bertaubat kerana Allah, 
Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan,
bertekad dalam hati tidak akan melakukan dosa itu selama-lamanya, 
menyelesaikan urusan dengan orang yang berhak dan 
solat sunat taubat (yang ni tak wajib tapi harus lakukan untuk tunjukkan kesungguhan).

Kalau dah taubat nasuha but still lakukan dosa yang sama, kembalilah bertaubat pada Allah.
Dah taubat banyak kali pun but still lakukan dosa yang sama, tindakan Fara sama jugak iaitu kembalilah bertaubat pada Allah.
Sampai bila?
Sampai kita mati & sampai syaitan berputus asa.

Bukankah Allah swt sendiri berfirman supaya kita tidak berputus asa dari Rahmat-Nya?
Setinggi langit pun dosa kita, sebanyak buih di lautan pun dosa kita,
jangan takut untuk kembali bertaubat pada Allah,
kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa.
Dia lah jua Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Semoga taubat kita semua diterima Allah swt. Amiin..

I'm a New Blogger

Salam.. (^ . ^)

Fara baru lagi dalam dunia blogger nih.
Alhamdulillah hasrat nak ada blog sendiri akhirnya jadi kenyataan. 
Walaupun agak segan sebenarnya dah berusia macam ni baru terhegeh-hegeh nak belajar...
..But it's ok. Better late then never.

Ni wishlist Fara masa akan datang:
- Hafal al-quran & hadis
- Baca buku & timba ilmu
- Blogging
- Expand my circle of friends
- Tingkatkan amal ibadah 
- Amal maaruf nahi munkar

Hhmm...
Agak berat kan? 

..Fara hanya ada satu matlamat. Iaitu Allah redho Fara sebagai hambaNya. 
Dicintai dan dikasihi Allah, itulah yang Fara mahukan.

Fara malas nak tulis panjang-panjang.
Salam perkenalan dari Fara.. 
(^ . ^)