Pages

Don't be Sad: Bagaimana Berdepan Dengan Kritikan

Jangan bersedih.
Kenapa pun kalau ada orang kritik, caci-maki korang...
Ragam hidup manusia...
Biasa la tu kalau korang kena kritik...

Allah yang Maha Suci lagi Maha Mulia pun sering mendapat cacian dan cercaan dari orang-orang bodoh yang tidak berakal dan tidak tahu diri, ni apatah lagi korang manusia lemah yang selalu buat kesalahan.

Dalam hidup ni, terutamanya kalau korang ni seseorang yang sentiasa memberi, mengelokkan, mempengaruhi dan berusaha membina maka korang biasanya akan menerima kritikan-kritikan yang pedas dan keras. Tak mustahil la kalau korang dihina dan dicemuh oleh orang lain.


..Dorang tidak akan diam dari mengkritik korang sebelum korang berpisah/hilang dari pandangan... Sekiranya korang still ada bersama-sama dorang, maka akan tetap ada perbuatan dorang yang membuatkan korang bersedih hati dan menitiskan air mata...
Memang itu yang dorang mahukan.
Dengki, dendam kesumat yang tak berkesudahan...
Hanya kerana korang mengatasi dorang dalam hal kebaikan, keilmuan, tingkah-laku, atau harta.. 
Dorang mahu korang lepaskan semua anugerah dan nikmat Allah yang ada pada diri korang, atau sehingga korang meninggalkan sifat terpuji dan nilai-nilai mulia yang selama ini korang pegang teguh.

Oleh sebab itulah wahai rakan2 sekalian...

Berwaspadalah terhadap apa yang mereka katakan;  kuatkan jiwa untuk mendengar kritikan, cemuhan dan hinaan mereka. Bersikaplah bagai batu batan; tetap kukuh berdiri sekalipun diterpa ketulan-ketulan salji tiap-tiap saat dan ia bahkan bertambah kukuh kerananya.

Apa yang perlu korang lakukan?
Jalan terbaik adalah dengan menjawab atau membalas kritikan dorang dgn menunjukkan akhlak yg baik. W'pun hati korang sakit mcm dicucuk2, tapi cubalah bawak bersabar...
Lupakan aje dorang tu n jgn sekali-kali rasa tertekan dgn stp usaha dorang yang nak menjatuhkan korang...

Hhmm..... Fara teringat Fara pernah bergaduh dengan sorang pesakit ni... Memang kecuaian sendiri, tapi sebab tak puas hati ngan kritikn dia, so Fara pun melawan balik.. (dalam phone taw, jgn pk bukan2).
Fara mmg ingat pesanan Rasulullah saw supaya jangan marah..n marah itu perbuatan syaitan..tapi sebab tak terkawal kemarahan tu, so perbalahan pun terjadi.. Memang terasa panas satu badan. Tapi lepas tu cepat2 ambil wuduk n solat sunat wuduk.. Fara menangis..bukannya sebab kena kritik tapi sebab Fara dah melakukan dosa.., dah la tak mengaku kesalahan sendiri, tak terima pulak teguran, lepas tu boleh pulak marah-marah..
Tapi benda dah berlaku kan.. x boleh nk patah balik... Jadi Fara tebus balik kesalahan Fara tu dengan berdoa pada Allah akan keselamatan, kesejahteraan dan kebaikan pesakit tersebut. Begitulah ceritanya... so next time kalo perkara yg sama berulang lagi, Fara akan cuba bersabar n tunjuk akhlak yang baik. In Syaa Allah.

Ataupun, korang n Fara boleh buat camni; anggaplah kritikan dorang tu sebagai pujian dan penghormatan. Sebab, semakin tinggi darjat dan kedudukan yang korang duduki, maka bertambah pedas pula kritikan yang korang terima.
Tapi agak susah kan kalau nak tutup mulut dorang tu? So apa yg korang mampu lakukan hanyalah mengubur dalam2 stp kritikan dorang, mengetepikan tingkah laku dorang, dan cukup membalas tiap-tiap perkataan mereka sebagaimana yang disuruh oleh Allah:
"Katakanlah (wahai Muhammad); 'Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu.'" (Ali-Imran:119)

Lagi elok pulak kalau korang dapat memperbetulkan tiap-tiap kesalahan dan mengelokkan akhlak korang. Korang jadi bertambah baik, Allah suka n pahala pun bertambah n pada masa yang sama dapat menutup mulut org2 yg tidak tahu diri tu.

Tazkirah Jumaat: Hakikat Kehidupan

 18 Oktober 2013.

Assalammualaikum.
Hari ni tazkirah Jumaat anjuran Poliklinik An-Nisa (company tempat Fara bekerja) oleh Ustaz ___ (sorry tak tau nama dia..), yang bertajuk Hakikat Kehidupan (sorry sekali lagi, tak tahu tajuk sebenar sbb datang lambat..huhu..).
Walaupun company yg anjurkan, tapi Fara langsung tak terlibat dalam proses pengurusan majlis, so maafkanlah ketidaktahuan (nama ustaz & tajuk tazkirah) ini..
Hehhehe..

Kami menganjurkan tazkirah setiap hari Jumaat dari pukul 9.00am-10.00am di dewan solat bawah Masjid Negeri Shah Alam. Kalau ada masa mai la ke taman-taman syurga (majlis ilmu) ni. 
Kami sangat mengalu-alukan kedatangan anda.
( ^ . ^ )
.....

Disebabkan Fara datang lambat, so tak tahu apa yg ustaz sampaikan sebelum tu...
Tapi yang pasti, bila Fara dh masuk dlm masjid ustaz tengah cerita tentang sebuah hadis yang menjelaskan tentang islam, iman, dan ihsan.
Hadis tersebut berbunyi:

...Ayahku Umar bin Khaththab, menceritakan kepadaku sebagai berikut:
Pada suatu hari, ketika kami sedang berada di sisi Rasulullah saw, sekonyong-konyong muncul di hadapan kami seorang laki-laki berpakaian sangat putih dan berambut sangat hitam. Tidak terlihat padanya bekas perjalanan dan tidak seorang pun di antara kami yang mengenalinya. Dia langsung duduk ke dekat Nabi saw, lalu disandarkannya lututnya ke lutut Nabi, dan diletakkannya kedua telapak tangannya ke pahanya. 
Dia berujar, "Ya Muhammad! Terangkanlah kepadaku tentang Islam."
Jawab Nabi saw: "Islam ialah: 1) Mengakui tidak ada Tuhan selain Allah dan bahwa Muhammad Rasulullah, 2) Mendirikan solat, 3) Membayar zakat, 4) Puasa Ramadhan, 5) Haji ke Baitullah, jika engkau sanggup melaksanakannya."
"Engkau benar!" Kata orang itu. 
Kata ayahku, "kami heran terhadap orang itu; dia yang bertanya tetapi dia pula yang mengatakan benar."
Kemudian orang itu berkata pula, "Terangkanlah kepadaku tentang iman!"
Jawab Nabi saw, "Iman ialah: 1) Iman dengan Allah, 2) Iman dengan para malaikat-Nya, 3) Iman dengan kitab-kitabNya, 4) Iman dengan para Rasul-Nya, 5) Iman dengan qadar baik mahupun buruk."
Kata orang itu, "Engkau benar!" Kemudian dia berkata pula, "Terangkanlah kepadaku tentang Ihsan!"
Jawab Nabi saw, "Ihsan ialah: menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Sekalipun engkau tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihatmu."
Katanya pula, "Terangkanlah kepadaku tentang kiamat!"
Jawab Nabi saw: "Orang yang ditanya tidak lebih tahu daripada yang menanya."
Katanya, "Terangkanlah kepadaku tanda-tandanya!"
Jawab Nabi saw, "Apabila hamba sahaya perempuan telah melahirkan majikannya, dan apabila orang-orang dusun yang melarat telah bermewah-mewah di gedung-gedung nan indah."
Kemudian orang itu berlalu. Tetapi tidak berapa lama antaranya, Rasulullah saw bertanya kepadaku; "Tahukah engkau siapakah gerangan yang bertanya itu?"
Jawabku, "Allah dan Rasul-Nyalah yang lebih tahu."
Sabda Rasulullah saw: "Dia adalah Jibril. Dia datang kepadamu mengajarkan agamamu." 
.........

...Lepas tu macam biasa, ustaz explain tentang hadis ni ngan panjang lebar...
(^ . ^)
Sorry tau korang semua, Fara dah la datang lambat, tapi Fara tak terus duduk...
Masuk2 je masjid, Fara terus ke ruangan solat wanita utk solat sunat tahiyatul masjid.
Lepas solat sunat, barulah Fara duduk dengar tazkirah.
Masa tu ustaz dah tukar topik lain, tentang hakikat kejadian manusia.
Dari mana kamu datang?
Untuk apa kamu dijadikan?
Ke mana kamu selepas mati?

Soalan pertama; Dari mana kamu datang?

Ada banyak jawapan... Boleh jadi jawapannya dari Nabi Adam as, boleh juga dari tanah, boleh juga dari air mani/sperma dan sebagainya yang korang rasa logik.

Tapi Allah swt dah pun jawab pertanyaan tu dengan panjang lebar dalam surah Al-Hajj ayat 5 yang bermaksud:

"Wahai manusia! Jika kamu meragukan Hari Kebangkitan, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu; dan Kami tetapkan dalam rahim menurut kehendak kami sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampai kepada usia dewasa, dan di antara kamu ada yang di wafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dikembalikan sampai usia sangat tua (pikun), sehingga dia tidak mengetahui lagi sesuatu yang telah diketahuinya…” 

"….Kami telah menjadikan kamu dari tanah..."
‘Kami’ merujuk kepada Allah swt, dan ‘kamu’ pula merujuk kepada Nabi Adam as.
"…kemudian dari setetes mani..."
Nabi Adam as manusia pertama dijadikan Allah daripada tanah. Kemudian manusia-manusia seterusnya dari setetes mani (daripada air mani lelaki dan air mani perempuan).

"…kemudian dari segumpal darah..."
Perlu diingatkan bahawa al-Quran bukanlah buku sains atau buku akademik. Terjemahan hanyalah terjemahan yang dibuat oleh manusia (kemungkinan ada kesilapan atau mempunyai pelbagai maksud), manakala Al-quran hanya ada satu, dalam bahasa arab dari Allah Tuhan Sekalian Alam yang sentiasa benar dan tidak mungkin ada kesilapan.
Kebanyakkan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yg amat seni yg diliputi oleh darah... dan juga mempunyai beberapa maksud iaitu sesuatu yang bergantung atau melekat, pacat atau lintah, atau ketulan darah.
"...kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna..."
Segumpal daging yang merujuk kepada janin yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna (ada yang sempurna tubuh badan, ada yang cacat, dan ada juga yang keguguran..)

"...agar Kami jelaskan kepada kamu..." 
Allah jadikan secara yg demikian (sempurna dan tidak sempurna) kerana Allah nak terangkan kekuasaan-Nya kepada kita.  

"...dan Kami tetapkan dalam rahim menurut kehendak kami sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian kami keluarkan kamu sebagai bayi,"
 
Sampai ayat di atas, kemudian ustaz tanya pula soalan kedua;  
Untuk apa kamu dijadikan?

 Allah menjawab soalan tersebut dalam Surah Az-zariyat ayat 56 yang bermaksud:
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku."
Kenapa jin ngan manusia je yg disebut? Kenapa malaikat ngan haiwan takde disebut?
Sebabnya, malaikat tiada nafsu (justeru tidak pernah melakukan dosa), manakala haiwan pula tidak diberi akal so sebab itulah tak perlu beribadah. 
Manusia dan jin pula memiliki kedua-duanya: akal dan nafsu. "...kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampai kepada usia dewasa, dan di antara kamu ada yang di wafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dikembalikan sampai usia sangat tua (pikun), 
Rata-rata umat Muhammad saw berusia antara 60-70 tahun... 
Ada dalam hadis yang mengatakan bahawa ajal kita telah ditetapkan semasa di dalam kandungan lagi, dan ada hadis lain yang melarang berdoa semoga dipanjangkan umur, namun ada pula hadis yang membolehkan kita berdoa dipanjangkan umur. Ustaz menjelaskan bahawa yang dimaksudkan umur itu bukanlah umur semasa di dunia, tetapi umur amalan kita.
Contohnya apabila korang bersedekah hari ni, lepas tu esok pulak korang meninggal dunia, pahala yg korang dapat dari bersedekah tu akn berpanjangan w'pun korang dah meninggal dunia.
Itulah maksudnya.. (^ . ^)
"...sehingga dia tidak mengetahui lagi sesuatu yang telah diketahuinya…”
Sampai ayat di atas, ustaz pun tanyalah soalan ketiga: 
Ke mana kamu selepas mati?  

...Ustaz ada sebut pasal alam barzakh tapi tak ingat surah apa? Nanti kalau Fara dah ingat Fara update balik... (Tengah kesuntukan masa, sorry sangat2).

Firman Allah yang bermaksud:
"Wahai orang-orang kafir! Janganlah kamu mengemukakan alasan pada hari ini. Sesungguhnya kamu hanya diberi balasan menurut apa yang telah kamu kerjakan."
(Surah At-tahrim: 7)
'Hari ini' dalam ayat di atas adalah Hari Pembalasan, hari di mana kita hanya akan diberi balasan menurut apa yang kita kerjakan.

Firman Allah swt di dalam surah Al-A'raf ayat 179 yang bermaksud:
"Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah."

 Syurga atau neraka?
Itulah destinasi kita yang terakhir.
Kematian bukanlah pengakhiran tetapi ia adalah permulaan untuk kehidupan yang kekal abadi.
Sesungguhnya manusia yang paling bijak ialah manusia yang tahu dia akan mati suatu hari nanti, yang paling banyak ingat pada kematian, dan yang paling banyak buat perbekalan untuk hidup sesudah mati.
Apabila matinya anak Adam akan terputus lah semua amalan kecuali tiga: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakannya.
Di akhir tazkirah, ada seorang pengunjung bertanya tentang sedekah. 
...tak dengar apa soalan die sbb jauh sangat...
Tetapi menurut penerangan ustaz, sedekah tu bukan hanya dari segi harta dan wang ringgit sahaja.
Boleh juga dari segi amal kebaikan yang korang buat, masa yang korang isi dengan buat kebaikan dan bermanfaat, berzikir, ...pendek kata semua yang baik2 itu adalah sedekah.
Sedekah itu adalah bukti.
Kerana dengan bersedekah itu membuktikan seseorang itu beriman.
...........

 ...Fara dah cuba buat yang terbaik untuk sampaikan apa yang Fara dapat semalam... 
Memang rancang stp kali lepas tazkirah nk terus tulis di blog tapi masa sangatlah singkat...
Tazkirah untuk dua Jumaat yang lepas pun tak sempat nak tulis lagi.
Minta maaf la kalau ayat tunggang terbalik, tak lengkap dan sebagainya.
Akan datang inSyaaAllah Fara akan buat dengan lebih baik lagi...

Sekian, wasalam.
 

Don't be Sad: Jangan Paksakan Hari Esok Hadir Sekarang

Jangan bersedih.
Korang semua masih hidup pada hari ini...
Dan jangan paksa hari esok hadir sekarang...

"Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh Allah maka janganlah kamu meminta disegerakan."
(Surah an-Nahl:1)

Hakikatnya, hari esok masih di alam ghaib dan belum turun ke bumi.
Maka tidak sepatutnya korang menyeberangi satu jambatan sebelum korang sampai di atasnya.
Sebab siapa yang tahu dengan pasti bahawa korang akan sampai atau tidak di jambatan itu?

"Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripada-Nya serta kelebihan kurnia-Nya."
(Surah al-Baqarah: 268)

Orang-orang yang menangis sedih memandang masa depan ialah mereka yang menyangka mereka akan hidup kelaparan, sakit berlarutan, atau memperkirakan usia dunia ini hanya tinggal seratus tahun lagi. Padahal orang yang sedar bahawa usianya berada di tangan yang lebih berkuasa tentu tidak akan menggadaikannya untuk sesuatu yang tidak ada.

Tunggulah hari esok itu datang dengan sendirinya; jangan sekali-kali menanyakan khabar beritanya, dan jangan pula menunggu serangan malapetakanya...
Sangat menghairankan kalau korang bersedih hari ini untuk sesuatu yang belum tentu korang akan temui esok...
Hindarilah angan-angan yang panjang.
 
Kerana hari ini korang sudah sangat sibuk!
 

Don't be Sad: Inilah Hari Kepunyaan Anda

Jangan bersedih.
Korang semua masih boleh baca post ni...
Korang semua masih boleh bernafas...
...Dan yang penting korang masih hidup di dunia pada hari ni...
Inilah hari kepunyaan korang!

Hari inilah yang korang akan jalani,bukan hari kelmarin yang sudah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukannya, dan juga bukan hari esok yang belum tentu akan datang.

Bukan mustahil kalau hari ini adalah hari terakhir korang bernafas di muka bumi ni...
Maka anggaplah masa yang korang ada hanya hari ini sahaja, atau seolah-olah korang dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga.
Jadi, curahkanlah seluruh perhatian dan kerja kuat korang semua pada waktu ini untuk hari ini.
Perbaharui azam korang untuk hari ini:
Kualiti sembahyang yang terbaik dan paling khusyuk,
Bacaan al-quran yang paling tartil dan penuh renungan,
Berzikir dengan sepenuh hati,
Keseimbangan dalam segala hal,
Keindahan dalam akhlak,
Kerelaan dan keridhaan dengan semua yang Allah berikan,
Perhatian terhadap keadaan sekeliling,
Mengambil berat terhadap kesihatan jiwa dan raga,
Serta berbuat baik terhadap sesama manusia.

Jadi sudah sepatutnya korang semua pada hari ini lebih bijak dan pandai membahagi-bahagikan waktu yang korang ada dengan baik.

Beristighfarlah atas semua dosa, ingatlah sentiasa kepadaNya, bersiap-siaplah untuk satu perjalanan jauh menuju akhirat, dan nikmatilah hari ini dengan segala keriangan dan kebahagiaan. Terimalah rezeki, isteri, suami, anak-anak, tugas-tugas, rumah, ilmu, dan jawatan korang hari ini dengan penuh keridhaan.

"Terimalah apa yang Aku kurniakan kepadamu, dan jadikanlah dirimu dari orang-orang yang bersyukur."
(Surah Al-A'raf:144)

Marilah kita hidup pada hari ini tanpa kesedihan, tanpa keresahan, tanpa kemarahan, tanpa kedengkian dan tanpa kebencian!

Berpeganglah pada prinsip:

"Aku hanya akan hidup hari ini!"

Prinsip inilah yang akan menyibukkan diri korang tiap-tiap saat supaya sentiasa memperbaiki keadaan, mengembangkan semua potensi dan mengikhlaskan tiap-tiap amalan.

Ucapkanlah:

"Wahai masa lalu yang sudah berlalu dan sudah selesai, tenggelamlah kamu seperti tenggelamnya matahari. Aku tidak akan menangisi kepergianmu, dan kamu tidak akan melihatku termenung sebentar pun untuk mengingatimu. Kamu sudah meninggalkan kami semua, pergilah dan jangan kembali lagi"

"Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban. Maka aku tidak akan bermain dengan khayalan dan memperjudikan nasib hanya kerana satu agakan. Aku juga tidak bakal memburu sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan."

Don't be Sad: Apa yang Sudah Pergi, Biarkanlah ia Pergi.

 Jangan bersedih.
Perkara tu dah pun berlaku.. 
Benda dah jadi..
Apa yang sudah pergi, biarkanlah ia pergi.

Mengingat-ingat masa lalu dan bersedih hati kerananya adalah satu tindakan bodoh dan gila. 
Lebih dari itu, ia boleh mematikan kehendak dan membinasakan masa depan.
Bagi orang-orang yg waras, fail masa lalu sepatutnya dilipat dan disimpan, bukan dibuka dan dipersoalkan.
Ia perlu ditutup buat selama-lamanya dan dikurung di penjara kelupaan, diikat dengan gari di dalam kurungan yg kuat hingga ia tak dapat keluar.
Ianya perlu diperap sedemikian rupa supaya ia tidak terkena cahaya, sebab ia adalah sesuatu yg sudah berlalu dan sudah selesai.

Kalau korang bersedih pon tak guna..benda tu dah pon berlalu dan dah selesai...
Kehidupan korang bukannya cerita rekaan...yang korang boleh tulis dengan tangan korang sendiri dan kemudian padam.
Bukan juga macam cerita Doraemon dan Nobita yang mempunyai mesin masa yang membolehkan korang kembali ke masa silam...
Dan bukan juga macam cerita Dragon Ball yang ada Dewa Naga yang boleh mengabulkan apa sahaja permintaan korang..

Tapi inilah realiti kehidupan korang, ..di mana benda yang dah berlalu korang dah tak boleh patah balik..
Korang tak boleh nak buat apa-apa... 

Inilah realiti kehidupan!!!

Face it like a man!!!
 Me: But I am a girl?? 

You're not a little girl anymore.
You're a woman so act like one.
Act like a lady, Think like a man, Work like a Boss.
You got it??

Me: Yeah!

Iklan sekejap. Huhu.. (^ . ^)

Sesuatu yang sudah berlaku dan sudah selesai, maka ia tak mungkin kembali dengan apa juga kesedihan, tidak dapat diubah dan deperbaiki dengan apa juga kedukaan, tidak dapat dihadirkan semula dengan apa juga kegelisahan, dan tidak dapat dihidupkan semula dengan apa juga kebingungan.

..Ia adalah sesuatu yang sudah berlalu..
Sudah tiada..

Jadi, jangan biarkan hidup korang dihantui masa lalu.
Jangan biarkan diri korang sentiasa dibayang-bayangi oleh sesuatu yang sudah berlalu.
Lepaskanlah diri korang dari pengaruh dan bayangan masa lampau.

Sesungguhnya meratapi masa lalu dan menangisinya akan membuatmu terbakar dengan apinya. Kembali ke pangkuan masa lalu sama sahaja dengan meletakkan anda dalam kemelut dan tragedi yang sangat dahsyat dan menakutkan. 

Hidup sambil mengungkit-ungkit masa lalu bermakna menyiat-nyiatkan masa sekarang, mengoyak-ngoyak perjuangan, dan memporak-perandakan masa kini. Allah swt sudah menceritakan tentang umat-umat yang lampau dan apa yang sudah mereka lakukan.
"Yang demikian itu adalah satu umat yang sudah berlalu."

Tapi amatlah malang sekali kita tidak mahu berusaha menangani masa kini, sebaliknya kita sibuk memikirkan masa lalu kita.

Sedarlah wahai manusia!!
Sekiranya manusia dan jin itu bekerjasama dan bertungkus-lumus untuk mengembalikan masa lalu itu, nescaya mereka takkan berjaya sebab ianya memang mustahil.

Sesungguhnya manusia tidak perlu menoleh atau berpaling ke belakang, sebab hembusan angin sentiasa menghala ke depan, air mengalir pun menuju ke depan, kafilah berjalan pun ke arah depan.
Justeru, janganlah cuba menentang arus dan aturan hidup, sunnah alam. 

Don't be Sad: Bertafakur dan Bersyukurlah

Jangan bersedih...
Bertafakur dan bersyukurlah...
Cuba korang renung balik segala nikmat dan kurnia yang Allah anugerahkan kat korang..
Nikmat yg meliputi korang dari hujung rambut sampai hujung kaki.

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menghitungnya."

Kesihatan tubuh badan, negara yg aman, makanan, pakaian, udara dan air bersih. 
Kalau nak dibandingkan dengan negara yang tengah berperang sekarang ni... 
Tak cukup bertuah lagi ke korang tinggal di bumi Malaysia ni???
...Korang dah mempunyai dunia sedang korang tak menyedarinya...
...dan korang mempunyai hidup sedang korang tak mengetahuinya... 

"Dan dia sudah menyempurnakan nikmat-nikmat-Nya bagi kamu, meliputi yang zahir dan yang batin."

Ingatlah bahawa korang mempunyai dua mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki.

"Nikmat Allah yang mana lagi yang hendak kamu dustakan?"

Terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan kat korang.
Sangat bernilai..tapi korang tak menyedarinya.
Nikmat berjalan dengan menggunakan kedua-dua kaki.
Nikmat tidur yang lena.
Nikmat memakan makanan yang sedap dan air yang bersih.
 Nikmat bercakap, pendengaran, dan penglihatan.
Hayatilah semua anugerah Allah pada korang..

Renung dan fikirkan lah.
Cuba fikir kalau suatu hari nanti Allah tarik balik semua nikmat tu...
Cuba fikir dan renung kalau suatu hari nanti Allah takdirkan Malaysia ni mengalami peperangan..
Cuba fikir kalau korang ditakdirkan kudung kedua-dua tangan & kaki, 
Tak dapat melelapkan mata kerana menahan sakit (penyakit yg menimpa korang),
Tak dapat makan dan minum, 
Bisu, pekak, buta...
Bagaimana pula kalau korang ditakdirkan tidak siuman atau gila??

Sungguh!
Korang diliputi nikmat yang banyak dan sangat bernilai tapi korang tak menyedarinya.
Bersyukur lah dengan nikmat yang Allah anugerahkan pada korang.
Jangan Bersedih!
Don't be sad!
Mengapa korang masih bersedih hati dan bermuram durja sedangkan pada waktu yang sama korang mempunyai makanan yang sedap, air bersih untuk diminum, boleh tidur lena dan sihat tubuh badan?
Korang menangisi apa yang luput pada diri korang..
Berhentilah!
Berhenti bersedih dengan apa yang korang takde sedangkan orang lain ada...
Tapi bergembira dan bersyukurlah dengan apa yang korang ada sedangkan orang lain takde!!
Korang susah hati kerana mengalami kerugian harta benda, sedang pada waktu yang sama di tangan korang ada anak kunci kebahagiaan, gudang kebaikan, anugerah, nikmat dan lain-lain.
Fikir!
Fikir!
Fikirlah...!!!
 Berfikir dan bersyukurlah..
(^ . ^)

"Terhadap diri kamu sendiri, mengapa kamu tidak perhatikan?"

Fikirkanlan tentang:
Diri,
Keluarga,
Rumah,
Pekerjaan,
Kesihatan,
Kawan-kawan..,
dan dunia sekeliling korang...

"Mereka mengetahui nikmat Allah itu, kemudian mereka mengingkarinya."

Don't be Sad: Ya Allah!

Assalammualaikum.. (^ . ^)

 Untuk entry kali ni Fara nak kongsi ngan korang tentang sebuah buku motivasi yang best bertajuk
'Jangan Bersedih' atau bahasa inggerisnya 'Don't be Sad.'

Ni la rupa kulit buku tu kalo korang nak tahu... (sebenarnya tak tahu la sape yg punya.. my mom or my brothers?? Hhmm.. tak kisah ler sesape pon. Huhu..)


Fara suka sangat buku ni... best & bermanfaat!!
Fara nak kongsi ngan korang sume apa yang Fara dapat (pengetahuan) dari buku ni..
Agak tebal.. sebb tulah Fara pecahkannya pada tajuk-tajuk kecil...
Supaya Fara n korang tak bosan nak bace... (> . <)
Hehhehe.. 
(kalo malas menaip, smpai ke next year la jawabnyer.. hohoho..)

K, kita terus ke main point...
Oh, ya! Lupa plak... Fara just amik isi2 yang Fara rasa best n penting jer taw.
Kalo korang nak bace dari kulit ke kulit, Fara nasihatkan baik korang beli jer buku ni.
Memang berbaloi!! Korang takkan rasa rugi punya la... (sempat lagi promote. huhu.)

Buku ni Fara tujukan kepada semua orang (muslim or non-muslim) tanpa pengecualian, tidak tertumpu kpd golongan tertentu, generasi tertentu, kelompok tertentu atau negara tertentu.
Tetapi ia adalah untuk tiap-tiap org yg ingin hidup bahagia.
(^ . <)

 .............

Jangan lah bersedih!
Mengapa korang bersedih sedangkan korang ada Allah untuk mengadu???

YA ALLAH!

"Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhluk-Nya)!" 
(Surah Ar-Rahman:29).

Apabila musibah menimpa, ujian melanda dan cubaan datang silih berganti, maka orang yang ditimpa musibah itu akan berseru sekuat hati: Oh Tuhan, ya Allah!

Tipuu kalo korang tak pernah alami musibah. ..Fara bukan rujuk pada diri korang jer..tapi termasuklah
musibah/ujian/cubaan, yang menimpa family korang.
Cuba korang ingat balik..saat ketika korang tak mampu berbuat apa2 untuk diri & untuk family korang, n tiada siapa yang dapat tolong korang, siapa yang korang seru???

Kepada Allah jualah ditujukan ucapan2 yang bagus, doa-doa yang ikhlas, teriakan2 yang benar, deraian air mata dan segala keluh-kesah kesedihan.
Kepada-Nya setiap tapak tangan menadah di hujung malam, memohon bantuan, begitu juga setiap mata yang merenung, serta segala permintaan makhluk baharu.

"(Sesungguhnya) Allah Maha Lemah-Lembut kepada para hamba-Nya."

Allah:
Nama yang paling baik, susunan huruf yang paling cantik, ungkapan yang paling benar, dan kalimat yang paling bernilai. 
"Adakah engkau mengetahui sesiapa pun yang sesama dan sebanding dengan-Nya?" (Maryam: 65).

Me: Nope. 'Allah' adalah nama terbaik pernah Fara dengar.

Allah:
Terbukti Dialah empunya kekayaan dan keabadian, kekuatan dan bantuan, kemuliaan, kekuasaan dan kebijaksanaan. 
(Ketika itu Allah berfirman)
"Siapakah yang menguasai kerajaan pada hari ini?" 
(Allah sendiri menjawab):
"Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi Yang Mengatasi kekuasaan-Nya atas segala-galanya." (Ghafir:16)

Allah:
 Empunya kelembutan dan bantuan, pemberian, kasih sayang dan ihsan. 
"Apa jua nikmat yang ada pada kamu adalah datang daripada Allah." (an-Nahl:53).

Allah:
Empunya kemegahan dan kemuliaan, kehebatan dan kegagahan.
"Setiap kali kami menuliskan huruf-huruf suci tentang kemegahan-Mu, segenap jiwa turut bersenandung 'Engkaulah Yang Maha Mulia' dan segala makna akan cair di depan kemuliaan-Mu, oh Tuhanku."

"Justeru ya Allah, gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian, di tempat kedukaan dengan kegembiraan dan di tempat ketakutan dengan keamanan."

"Ya Allah, sejukkanlah gelojak hati ini dengan salji keyakinan, dan padamkanlah bara di jiwa dengan air keimanan."

"Oh Tuhan, buatlah mata yang tidak mahu lelap merasa mengantuk yang memberi ketenangan, dan letakkanlah di atas jiwa yang goncang ini kedamaian, dan berilah balasan baginya dengan kejayaan yang sudah hampir."

"Oh Tuhan, halakanlah kebingungan pandangan hatiku kepada nur cahaya-Mu dan tindakan-tindakanku yang keliru kepada jalan-Mu yang lurus, dan palingkanlah orang-orang yang menyimpang dari jalan-Mu kpd hidayah-Mu."

"Ya Allah, lenyapkanlah was-was dengan fajar cahaya kebenaran, dan hapuskanlah jiwa yang rosak dengan falak kebenaran, dan tolaklah tipu daya syaitan dengan tentera bantuan-Mu dalam keadaan terhina."

"Ya Allah, lenyapkanlah dukacita kami, hilangkanlah kesedihan kami, dan halaulah keresahan dari jiwa kami."

"Kami berlindung kepada-Mu dari rasa takut, kami bersandar dan berserah hanya kepada-Mu, kami tidak meminta kecuali kepada-Mu, kami tidak meminta tolong melainkan kepada-Mu. Engkaulah Pemelihara kami - sebaik-baik pelindung dan penolong."

.....

Tersalin semua da..
Nak skip pon mcm tak kena..huhu..sebab ayat kt atas tu semuanya doa yang Fara n korang boleh amalkan.
(^ . ^)
Sampai sini dulu ek. Fara akan sambung esok..
Wasalam.